salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Thursday, February 7, 2013

Kupon Free Pun Kecoh..

Assalamualaikum kepada mereka yang menziarah blog pokcik yg serbi-serba kurangnya ni..tulis macamla ada orang nak baca blog ni..ada ke..??x pa la..ada orang baca kita cakap alhamdulillah..kalau x dak orang baca kita simpan buat diari..esok lusa bole bg anak cucu plak baca..hehe..jauh bebenor fikir pokcik..

Ok..lama sungguh tak menaip kat blog ni..busy sikit kebelakangan ni..pokcik baru menerjunkan diri dalam arus bisnes..kenapa bisnes..??x de keje lain ke nak buat..??orang kata orang yg duduk dalam bisnes ni orang  yang serabut..??betul ke..??

Ops..!!siapa kata mcm tu..hangpa tau tak bisnes ni satu sunnah..??sedangkan baginda Muhammad s.a.w. pergi mengikut rombongan berdagang untuk berniaga suatu ketika dahulu..lagipun sebenarnya setiap kerja yang kita buat tu adalah bisnes..x caya..??

Jap..ni nak cite pasal bisnes ke ape ni..??alamak lari tajuk plak..ok2..memandangkan cuti semester kali ni sangatlah lama..makanya pokcik rasa nakla juga cari kerja yang boleh mendatangkan simpanan untuk pokcik pada masa akan datang..alhamdulillah setelah beberapa kali berinteraksi dengan pihak2 tertentu pokcik dapatla buka satu gerai kecik je kat Karnival Jom Masuk U yang berlangsung kat Universiti Malaya (UM)..dapatla buka gerai untuk dua hari dengan bayaran RM100 sewa tapak sehari..pokcik jaga kedai ngan adik yang kebetulan dapat balik dari asrama..

Nak diceritakan gerai pokcik ni bersebelahan dengan booth galeri seni UM..jadinya memang ramaila manusia yang datang untuk melukis kat situ..kejadian ni jadi masa hari pertama di karnival..lunch time..pihak organizer ada bagi setiap peserta booth dengan kupon makanan..x kisahla booth or gerai..semua dapat..waktu tu dah pukul 3 petang..

Adik Pokcik : Hang x mau pi ambik makanan ka..??
Pokcik : X maula..malas nak jalan..kupon tinggai dalam kreta..kreta duk parking jauh..satgi nak kena jalan lagi pi dewan exam tu..
Adik Pokcik : X pa la kalau cam tu..kita telan mama punya wedges je la gitu..
Pokcik : Staff galeri ni pun duk makan kita punya..x kanlah kita nak pi ambik pulak..eksenla sikit..hehe..

So..kitorang pun teruskanlah juga aktiviti menjual di gerai..tiba2 adala terdengar sorang uncle ni berkata-kata yang sangat terkesan di hati..

"Ala..sayangla..kupon galeri ni tertinggal kat rumah..kalau x boleh gi ambik tadi..aku tengok banyak lagi makanan lori catering tu angkat bawak balik..kalaula aku boleh ambik tadi..orang galeri x nak pun x pe aku boleh bawak balik bagi anak bini aku makan.."maka uncle tu pun berlalu dgn membeli air dan sebungkus roti dengan muka yang sedih..

Adik pokcik mungkin x rasa apa2..tp bila pokcik pikir balik tetiba rasa macam berdosa dah hari tu kerana tidak menghargai pemberian yang diberikan orang..pemberian itu juga adalah rezeki..dan rezeki itu datangnya dari ALLAH..hari tu pokcik dah menolak rezeki..sungguh pokcik sombong dengan ALLAH hari tu..maka datanglah rasa penyesalan dalam jiwa..

Pokcik pun pergila jumpa dan sembang2 kosong dengan salah sorang staff yang jaga galeri tu..pokcik tanyala pasai uncle td..staff tu pun ceritala..uncle tu hidup dia x dak la senang sangat..duduk rumah flat..anak 9 orang..dan ada la serbi sikit lagi yang dia cerita..barula pokcik paham..bukannya sebab kupon tu..tp sebab nape uncle tu berkata sedemikian..

Kadang2 kita lebih menghargai sesuatu benda itu apabila benda itu mempunyai harga yang mahal..kadang2 kita akan menghargai sesuatu perkara itu apabila kita yang terpaksa berusaha untuk mendapatkan ia..kita jarang menghargai pemberian percuma melainkan dari orang yang kita sayang..betul x..??

Pesan dari pokcik untuk diri pokcik dan mereka yang membaca..hargailah setiap pemberian yang diberi..x kisahlah walau apapun ia..asalkan jangan menghargai rasuah dan perkara yang haram ye..kalaupun kita x suka benda yang diberi tu..ambil dan bagi pada orang lain..itu lagi baik dari kita menolak mentah2..

Sesungguhnya setiap pemberian itu adalah rezeki yang diturunkan dari ALLAH..barangsiapa yang bersyukur atas nikmat ALLAH pasti ALLAH akan tambahkan nikmat untuknya..insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...