salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Thursday, December 29, 2011

Aku Tahu..!!

Aku tahu..!!
Memberi salam sesama muslim tu merapatkan ukhuwah..
Tapi..
Aku bukan kenal dia pun..
Tak payahla bagi salam..

Oops..
Lupa pulak..!!

ASSALAMUALAIKUM..!!

Aku tahu..!!
Jawab salam tu wajib..
Tapi..
Bukannya aku kenal blogger ni..
Tak payah la jawab salam dia..

Oops..
Hehe..
Jangan terasa ye..



Aku tahu..!!
Memberi tempat dudukku di dalam tren pada orang tua satu amalan mulia..
Tapi..
Aku lebih suka duduk buat-buat tak peduli..
Aku juga penat dan aku yang dapat dulu tempat ni..!!



Aku tahu..!!
Buang sampah merata-rata ni tak elok..
Tapi..
Biarlah pekerja DBKL yang kutip..
Takkan nak makan gaji buta je diorang tu..



Aku tahu..!!
Bersedekah tu amalan mulia..
Tapi..
Aku pun belum kerja lagi..
Duit pun cukup makan je..

Aku tahu..!!
Tutup aurat tu satu kewajipan..
Tapi..
Main bola sekejap je kat padang..
Tak pe kut pakai seluar pendek.. 

Aku tahu..!!
Pakai baju ketat-ketat ni mendatangkan dosa pada aku dan orang lain..
Tapi..
Suka hati aku la nak pakai apa..
Ada aku suruh korang tengok..??



Aku tahu..!!
Bercouple tu haram..
Tapi..
Hidup kenala merasa semua tu..
Barula tak ketinggalan zaman orang kata..

Aku tahu..!!
Mengumpat tu ibarat memakan daging busuk..
Tapi..
Bukan selalu bergosip panas ni..
Sekali-sekala je pun..

Aku tahu..!!
Mengeluarkan perkataan carut tu satu dosa..
Tapi..
Kalau dah marah susah nak control..
Aku pun manusia biasa..!!

Aku tahu..!!
Menyertai majlis ilmu itu dilimpahi naungan para malaikat..
Tapi..
Aku lebih suka tidur di bilik dibawah naungan selimut tebal..
Penatla seharian bekerja..!!


Aku tahu..!!
Membaca al-Quran itu ibarat membaca kata-kata ALLAH..
Tapi..
Kerja aku belambak..
Tak sempat nak sentuh pun kadang-kadang..

Aku tahu..!!
Solat sunat dhuha tu memurahkan rezeki..
Tapi..
Makan minum aku sentiasa cukup..
Murah dah rezeki aku ni..

Aku tahu..!!
Puasa sunat isnin dan khamis tu satu sunnah..
Tapi..
Aku lebih suka tidak berpuasa..
Khuatir rakanku memperli diriku alim.. 


Aku tahu..!!
Solat jemaah tu menggandakan 27 kali pahala..
Tapi..
Aku lebih suka solat bersendirian..
Lebih tenang..!!


Aku tahu..!!
Berqiyamullail itu mendekatkan diri pada syurga..
Tapi..
Aku tak puas tidur lagi..
Susah nak bangun awal..

Aku tahu..!!
Mungkin ada orang menyampah bila baca blog ni..
Tapi..
Ada aku kisah..
Aku cuma menyampaikan je..

Selalunya..dalam kehidupan seharian kita moden ini..kita banyak mengetahui segala apa jenis maklumat..hal dunia mahupun akhirat..segalanya dihujung jari kita..hal yang haram dan juga yang halal..segalanya hanya dengan satu klik pada tetikus kita..tak cukup dari tu..kadang-kadang kita terdengar dari orang mahupun membaca dari artikel..tapi..pernah tak kita konsisten mengamalkan apa yang kita tahu..??

Renungkan kembali..tanya diri kita semula..

Kata ALLAH..

"Sesungguhnya kami telah menunjukkan jalan yang lurus. Ada yang bersyukur dan ada juga yang kafir"

(Al-Insaan : 3)

"Allah sekali-kali tidak akan menganiaya diri mereka melainkan mereka yang menganiaya diri mereka sendiri"

(Al-Ankabut : 40)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan mereka sendiri"

(Ar-Ra'du : 11)

Selamat beramal..

Friday, December 23, 2011

Jangan Sombong..!!

SOMBONGNYA KAU..!!




Kata kau..
Hidup aku masih muda..
Masih punya waktu yang lama..
Apa perlu aku bersujud tafakur setiap masa..??
Sedang saat berdetik meminta bergembira..
Bersama teman dan dunia..

Kata kau..
Dunia ini penuh kemewahannya..
Tiada nikmat seindah dunia..
Apa tidak boleh aku merasainya..??
Sedang nikmat itu dicipta untuk dirasa.. 
Bersama harta dan wanita..

Kata kau..
Aku sudah islam agama..
Telah dijanji syurga disana..
Apa perlu aku beribadah sunat kepada-Nya..??
Wajib telah terlaksana..
Tidak cukup segala semuanya..??

AWAS..!!
Kau bukan sesiapa di mata DIA..
Hanya hamba biasa tiada beza..
Hidup mati kau ditangan DIA..
Tiada lambat juga tiada cepatnya..
Apa kau sudah bersedia jika panggilan maut sudah diterima..??

AWAS..!!
Harta kau itu kepunyaan DIA..
Mengalir kepada kau melalui pintu rezeki kepunyaan DIA..
Jangan kau sombong dengan harta dunia..
Boleh sahaja DIA menarik segalanya..
Apa kau bersedia bila diri tiada harta..??

AWAS..!!
Islam kau itu hanyalah pada nama..
Jangan dilupa kau juga akan dihisab-Nya..
Andai timbangan kanan tidak seberapa..
Apa kau bersedia..??
Dicuci segala dosa di neraka yang mega azabnya..??

Hidup di dunia memang indah..segalanya terasa bahagia..apatah lagi hidup penuh kemewahan..dilimpahi pula dengan kesihatan yang baik..terasa diri penuh sempurna..segala dipinta pasti akan dapat..kerana segalanya adalah tidak mustahil..

Tapi kita sering lupa..bahawa segala nikmat itu datangnya dari sang maha pencipta..DIA yang mencipta kita..DIA yang memberi rezeki pada kita..mengapa harus kita sombong pada mata dunia..sedang daratan yang dipijak masih milik DIA..udara yang dihambur tetap milik DIA..hujan yang mencurah bumi masih kepunyaan DIA..mengapa harus sombong..??

Kata DIA..


"Sembahlah Allah, dan janganlah menyukutukan sesuatu dengan-Nya. Berbuat baiklah kepada ibu bapa dan kepada sanak saudara yang dekat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran yang kerabat dan jiran yang tidak dikenali dan teman disebalah kamu dan musafir dan apa yang tangan kanan kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."


(4:36)


JANGAN SOMBONG..!!



"Maka Masuklah pintu-pintu Jahannam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Maka amat buruklah tempat tinggal orang-orang yang sombong!"


(16:29)









Sunday, December 11, 2011

Kata Pensel & Pemadam..

Kisah sebatang Pensel dan sebiji Pemadam..



Seperti hari-hari biasa..ketika Pensel rancak menulis..Pemadam pasti akan sentiasa dibelakang..memeriksa sesuatu yang salah..lantas memadamnya dan meminta Pensel untuk menulis sesuatu yang baru..suatu hari setelah Pensel lelah menulis..Pensel melihat Pemadam dengan mata yang sayu..

Pensel : Dahla tu Pemadam..berhenti jela..tak perlu kau padam kesalahanku..

Pemadam : Tak apa..kau rehatla dulu..sikit je..kejap lagi bile aku dah habis padam kau tulisla yang baru..yang betul punye..

Setelah selesai memadam segala kesalahan Pensel..Pemadam menuju ke arah Pensel dengan langkah yang longlai kepenatan..

Pensel : Aku mintak maaf sebab dah selalu menyusahkan kau..

Pemadam : Tak apela..mana ade susah pun..aku ok je..

Pensel : Tak..serius ni..aku betul-betul mintak maaf dengan kau..dari ujung mata aku sampai ujung kaki..

Pemadam : Kau tak buat salah dengan aku pun..tak payahla nak mintak ampun bagai ni..

Pensel : Setiap kali aku buat salah..kau mesti tolong padamkan dan minta aku tulis yang baru..tapi kau sedar tak..semakin masa berlalu..secebis demi secebis dari bahagian kau akan hilang..aku khuatir kau akan hilang selamanya..

Pemadam : Telah aku dijadikan sebegini..benar..suatu hari nanti aku akan hilang..kau pasti akan jumpa pengganti..aku gembira untuk kau..tapi..aku juga ingin minta maaf dengan kau..

Pensel : Kenapa..??

Pemadam : Maafkan aku sebab aku tak mampu menemani kau selamanya..cuma satu pesan aku..habiskanlah sisa mata kau dengan menulis sesuatu yang benar..supaya kau tidak mensia-siakan hidup kau selepas ni..saban hari..kau juga makin pendek..akhirnya menghilang..

Pensel : Aku berharap begitulah..aku mahu melakukan segalanya yang benar..tapi apa kan daya..aku hanya pensel yang biasa..sering tersalah dan tersilap ketika menconteng perkataan..

Pemadam : Berubahlah..moga-moga kau jadi pensel yang berguna..

-SEKIAN-

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur temannya ketika temannya melakukan kesalahan..bukannya berkawan semata-mata ingin mendapatkan sesuatu faedah..kata pepatah arab..bila berkawan dengan saudagar minyak wangi..pasti tercalit sedikit haruman wanginya..bila berkawan dengan saudagar besi..pasti tercalit sedikit hapak bauan besi..berhati-hatilah dalam bersahabat..jika boleh carilah mereka yang elok pekertinya..moga kita tidak leka dengan kesalahan..kadang-kala kita rasa betul pada segala tindakan kita..tetapi hakikatnya salah..hanya kawan yang benar-benar baik mampu menegur kita..kawan memang mudah dicari dan mudah juga untuk pergi..tetapi sahabat yang benar-benar mencintai anda sangat sukar untuk pergi..

HARGAILAH SAHABAT YANG MENEGUR ANDA ATAS KESILAPAN ANDA..JANGAN MELATAH..SESUNGGUHNYA DIALAH SAHABAT YANG BENAR-BENAR MENCINTAI ANDA.. 


p/s : Harap-harap adalah mesej yang dapat penulis sampaikan..terima kasih kerana sudi membaca..semoga ALLAH merahmati kita semua..insyaALLAH.. 

Monday, October 31, 2011

Cinta Sunyi..

KAU CINTAKAN DIA..??
KAU SAYANGKAN DIA..??
KAU KASIHKAN DIA..??

SEMPURNA KEPERLUAN KAU..??

BELUM..??

CUKUPLAH SEKADAR KAU MENCINTAI DIA DALAM DIAM..




Andai diri sayangkan dia..
Jangan sekali-kali ucapkan pada dia..
Khuatir nanti hilang kasihnya terhadap diri..
Dombakanlah hasrat hati pada RABB yang maha mengasihani..
Moga-moga dipertemukan diri dengan dia..

Cintailah dia dalam diam..
Bukan kerana ada benci terhadap dia..
Tetapi kerana menjaga sucinya diri dia..

Usah khuatir bicara jodoh..
TUHAN itu maha adil segala sesuatu..
Tersusun rapi riwayat hidup di lohul mahfuz..
Hanya menanti saat dan tika tibanya seruan..

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran ALLAH.."
(Adz-Zariyat : 49) 


AKU SAYANGKAN DIA..!!
AKU TAK MAHU DIA TERLEPAS PADA ORANG LAIN..!!




Sayangi dia dalam diam..
Bukan kerana menghindari dunia..
Tetapi mencari jannah di sana..

Jangan kau risau andai dia bukan milik diri..
Andai benar hadirnya cinta diri kerana ALLAH..
Biarkanlah ia mengalir mengikut laluan dari yang maha ESA..
Kerana rasa yang tiba kerana ALLAH pasti bertemu jiwa yang sempurna..

"..boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi hakikatnya ia sangat buruk pada kamu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak tahu.."
(Al-Baqarah : 216)

AKU MESTI DAPATKAN DIA..!!
AKU KASIHKAN DIA..!!



Kasihi dia dalam diam..
Bukan kerana takut akan dugaan..
Tetapi menjaga diri dari godaan syaitan..

Jangan memberi harapan jika diri belum bersedia..
Khuatir nanti ada jiwa yang robek terluka..
Jangan menaruh harapan pada jiwa yang belum pasti..
Khuatir nanti diri merana terseksa..

Percayalah pada qada' dan qadar DIA..
Pasti akan bertemu dengan penenang diri..
Berdoalah agar dia sempurna di mata diri..
Sentiasa disisi walau dijulang atau dihina..

"Jika benar kau mencintai dia..tidak akan sekali kau menyentuhnya..cukuplah kau gengamnya dihatimu untuk beberapa ketika..sempurnakan dirimu zahir batin..lantas suntinglah dia sebagai kekasih halalmu.."

"Barangsiapa yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, mencintai kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH maka sempurnalah imannya.."
(H. R. Al-Hakim)




Berdoalah..ceritakan segalanya pada DIA RABB yang maha mengetahui..moga dipertemukan jodohmu dengan dia..andai bukan dia..redhalah..barangkali ada yang jauh lebih sempurna dari dia..


Saturday, October 1, 2011

Bicara Dari Jalanan..

Assalamualaikum buat para pembaca blog yg serba serbi kekurangan ni..harapan penulis agar para pembaca sekalain sihat hendaknya jasmani dan rohani..insyaALLAH..


Entri kali ni hanyalah contengan biasa-biasa yang sering kita dengar barangkali..tapi..segala yang tercatit disini adalah segala yang telah terkumpul dalam memori penulis ketika berdampingan dengan pakcik-pakcik teksi yang sering menawarkan khidmat menghantar penulis pulang ke rumah dari kolej..makcik-makcik kafe yg menyajikan masakan yang sedap-sedap..uncle-uncle penjual surat khabar di kaki lima..aunty-aunty cleaner yang membersihkan setiap tong sampah di kolej..

Kenapa penulis memilih orang sebegini ya..??

Baca dulu kata-kata mereka..

"Buat apa hidup senang duit ratusan ribu dalam bank tapi anak-anak dirumah pakcik tak boleh nak jumpa..akhlak anak-anak tak boleh nak dijaga.."
-uncle teksi, perjalanan pulang dari PASUM ke rumah-

"Nak..hidup dalam dunia ni macam-macam dugaan yang TUHAN bagi..mungkin TUHAN duga makcik dengan hidup susah macam ni..tapi makcik redha..sekurang-kurangnya makcik tahu erti syukur.."
-aunty cleaner, sembang waktu lunch time tak de kelas-

"Jangan putus asa dalam hidup..susah macam mana sekalipun..kena juga cuba..peluang tu susah nak datang..kalau dah datang..kena cepat-cepat tangkap.."
-uncle teksi, perjalanan ke jalan TAR untuk tenangkan fikiran-

"Kerja kalau ikhlas..insyaALLAH semua benda yang kita buat akan jadi mudah walaupun hakikatnya susah.."
-uncle pencen polis, sembang sebentar di pasar tani sementara tunggu mama-

"Kalau azam kuat..semangat tinggi..mesti semua benda boleh dapat.."
-aunty kafe kolej 12 UM, sembang time tunggu makanan siap-

"Biar orang kata kita ketinggalan zaman..yang penting kita jaga maruah agama..jangan diikutkan nafsu..kalau tak mahu diri dipandang hina oleh TUHAN.."
-uncle siak masjid jamek sg.penchala, sembang lepas tadarus time bulan pose-

"Tak payahla nak cari..tak hilang mana tulang rusuk kamu tu..sampai masa..betul saat dan ketikanya..bersatu punyala..cari awal-awal kalau silap DNA kena tanggalkan juga.."
-uncle teksi, perjalanan pulang dari Digital Mall-

Sebenarnya banyak lagi yang nak ditulis..cukuplah tu untuk kali ni..mungkin akan ada yang seterusnya..insyaALLAH..

Biarpun mereka bukanlah insan-insan yang sering memberi nasihat di kaca-kaca televisyen mahupun corong-corong radio..walaupun mereka tidak punya pangkat DR di awalan nama..tapi mereka juga tetap seorang insan yang punya pandang sendiri..jgnlah kita gemar menilai orang atas pangkat dan rupa..bisa mereka jauh hebat dari kita dalam soal dunia..

JANGAN DILIHAT PADA ORANG YANG BERKATA-KATA..
TETAPI DENGARLAH PADA APA YANG INGIN DIPERKATAKAN..


Friday, September 30, 2011

Bila Kau Bercinta..

Bila kau bercinta..
Dengan cantiknya bunga..


Sedarkah kau bungakan layu..??
Adakah kau masih mencintainya..??

Bila kau bercinta..
Dengan indahnya rama-rama..


Sedarkah kau rama-rama itu hidupnya hanya 2 minggu..??
Adakah kau masih mencintainya..??

Bila kau bercinta..
Dengan ngauman Ferrari Scuderia..


Sedarkah kau ia tetapkan rosak..??
Adakah kau masih mencintainya..??

Bila kau bercinta..
Dengan megahnya banglo di puncak bukit..


Sedarkah kau ia tetapkan roboh..??
Adakah kau masih mencintainya..??

Bila kau bercinta..
Dengan indah busana TOPMAN..


Sedarkah kau ia tetapkan robek..??
Adakah kau masih mencintainya..??

Bila kau bercinta..
Dengan hebatnya pangkat Dato' di pangkal nama..


Sedarkah kau tetapkan pergi bertemankan kafan..??
Adakah kau masih mencintainya..??

Bila kau bercinta..
Dengan setianya rakan seperjuangan..


Sedarkah kau mereka tetap akan meninggalkanmu..??
Adakah kau masih mencintainya..??


Bila kau bercinta..
Dengan cantiknya rupa kekasihmu..


Sedarkah kau ia akan berkedut..??
Adakah kau masih mencintainya..??


ADAKAH KAU MASIH MENCINTAINYA..??

Cinta..bukan sekadar kasih pada sang kekasih..tapi juga sayang akan indah harta dunia..tanpa kita sedar..pasti dalam hidup kita akan ada walau hanya satu perkara yang paling disayangi..walaupun hanya sebuah beruang Pooh yang dipeluk saban waktu tidur..hinggalah kereta Kancil hasil titik peluh sendiri..pasti akan ada yang kita sayangi..tapi sedarkah kita bahawa semua itu akan lenyap juga satu hari nanti..Pooh bisa diganti dengan Upin..Kancil boleh diganti dengan Satria Neo..cinta yang tidak kekal..cinta yang palsu..



BENARKAH KAU MENCINTAINYA..??

Tanyalah diri anda semula..muhasabah diri..apa sebenarnya erti cinta anda..adakah tulus suci kerana ALLAH..atau sekadar ingin menerima manfaat..kata orang habis madu sepah dibuang..adakah cinta anda sebegitu..??

Andai mahu mencari cinta..carilah cinta ALLAH RABBUNA tuhan yang satu..kerana cinta DIA adalah cinta paling setia..tak kira susah atau senang..sedih atau gembira..tangis atau tawa..miskin atau kaya..DIA sentiasa memerhatikan kita..tidak lelah mendengar segala keluhan hati..dialah kekasih sejati..tapi..

ADAKAH KAU MENCINTAINYA..??


renungkan kembali..O,Ov


Saturday, September 24, 2011

Relax Bro..!!

Bro..jom solat jemaah sama-sama..??
Relax bro..!!
Waktu solat lama lagi..apa kata kau solat dulu..nanti aku follow..

Jom jemaah sekali..??


Bro..jom puasa sunat enam syawal..??
Relax bro..!!
Syawal baru je mula..kau puasa la dulu..minggu ke dua aku startla..

Jom puasa sunat..??


Bro..jom ikut majlis ilmu di surau tu..??
Relax bro..!!
Majlis ilmu bukannya satu..lepas ni ada lagi..next week aku pergila..

Jom join ta'lim..??


Bro..jom kita pergi ikut program bakti siswa ni..??
Relax bro..!!
Ramai dah orang pergi tahun ni..dah cukup bantuan dah..tahun depanla aku pergi..

Jom volunteer..??


Bro..jom studygroup buat calculus..??
Relax bro..!!
Exam lambat lagi..sebulan before exam pun sempat lagi..kau jela pergi..

Jom study..??


Bro..jom tadarus al-Quran sesama..??
Relax bro..!!
Aku tengah layan movie korea ni..tengah part konflik ni..lepas habis nanti aku join..

Jom baca al-quran..??


Bro..jom kita ikut program qiyamullail malam ni..??
Relax bro..!!
Hidup panjang lagi..enjoyla dulu..esok dah tua baru la taubat..

Jom qiyam..??


RELAX BRO..!!
____________________________________________________________

Sesungguhnya hidup mati itu adalah rahsia agung ALLAH yang maha esa..DIA lah yang menentukan segala sesuatu untuk kita..tercatit rapi di lohul mahfuz setiap satu persatu riwayat hidup manusia di dunia ciptaan DIA..

Manusia itu sering mencari alasan bila berhubung dengan ibadah..sering mencari-cari ruang di masa hadapan yang belum pasti untuk menikmati sedikit nikmat dunia ketika seruan kebaikan menjelma..tapi..tahukah manusia itu akan masa depannya..??hidup matinya..??ajal mautnya..??

Tidak..!!
Tiada siapa tahu akan nasib hidupnya..cuma yang boleh dilakukan hanyalah usaha mencapai keredhaan..

Insyaallah..

Andainya boleh dikatakan sebegini tatkala malaikat izrail datang menerpa..

RELAX BRO..!!
AKU TAK PUAS HIDUP LAGI..BILA AKU PUAS..BARU AKU PANGGIL KAU..

Wait..!!


RELAX BRO..!!
____________________________________________________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :


"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Pertama : Masa sihat sebelum datangnya sakit.
Kedua : Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga : Masa lapang sebelum datangnya masa sibuk.
Keempat : Masa muda sebelum datangnya masa tua.
Kelima : Masa hidup sebelum datangnya masa mati."


(Hadith riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)








Sunday, September 18, 2011

Kalaulah Aku Tahu..

Kalaulah aku tahu..
Mama akan marah aku macam ni..
Mesti aku dah berhati-hati main bola tadi..

Menyesalnya aku pecahkan pasu bunga tu..

Kalaulah aku tahu..
Ada orang nak curi basikal aku..
Mesti aku dah kunci basikal aku pada tiang tu..

Kalaulah aku tahu..
Cikgu disiplin akan hukum aku macam ni..
Mesti aku dah siapkan homework yang cikgu bagi..

Kalaulah aku tahu..
Susah nak dapat tempat di universiti..
Mesti aku dah belajar sungguh-sungguh time SPM..


Menyesalnya tak belajar betul-betul..

Kalaulah aku tahu..
Aku akan dibuang kolej bila aku bergaduh..
Mesti aku tahan amarah aku..

Kalaulah aku tahu..
Ada road-block depan ni..
Mesti aku tak keluar merempit malam ni..

Kalaulah aku tahu..
Ada speed-trap depan tu..
Mesti aku drive slow tadi..


Menyesal drive macam pelesit tadi..

Kalaulah aku tahu..
Aku akan kena heart attack..
Mesti aku dah lama berhenti merokok..

Kalaulah aku tahu..
Ada pegawai SPRM yang semak data aku..
Mesti aku tak terima rasuah pakcik tu..

Kalaulah aku tahu..
Isteri aku akan tinggalkan aku..
Mesti aku tak main kayu tiga belakang dia..


Menyesalnya aku buat dia macam tu..

Kalaulah aku tahu..
Post ni menyemak kepala aku..
Mesti aku tak buka awal-awal lagi..

KALAULAH AKU TAHU..!!

Allah berfirman..

Demi masa..
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran..
(103:1-3)

Manusia itu sering terburu-buru melakukan sesuatu..sering bertindak tanpa memikirkan kesan di masa hadapan yang sukar dilihat tanpa dibimbing mata hati selari pemikiran akal positif..sering tergesa-gesa mencapai matlamat sementara tanpa memikirkan jangka panjang yang akan dilalui..sesungguhnya masa itu tidak boleh diputar kembali..melainkan kita redha atas segala yang telah berlaku..bertaubatlah andai ada walau sekelumit dosa yang tercalit di tubuh..


Manusia juga sering lupa dengan pengajaran-pengajaran yang telah ditunjukkan dihadapannya..walau peringatan itu sudah datang tapi masih di awangan menikmati keindahan sementara..tanpa langsung memikirkan hikmah disebaliknya..kata orang tua-tua..


"Dah kena batang hidung sendiri..baru tahu.."

Qada' dan qadar itu disebalik hijab penglihatan manusia..tidak mampu dilihat walau sesaat yang mendatang..kata DIA..

"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.."


Masihkah punya peluang untuk diriku..??

Pilihan ditangan kita..fikirlah sebaiknya dalam membina keputusan tindakan..jangan nanti..

KALAULAH AKU TAHU..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...