salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Saturday, April 7, 2012

Awekku.. Awekmu Jua..



Adam, Khairi, dan Nazmi merupakan sahabat karib sejak mereka disekolah rendah lagi. Tapi sayang selepas PMR mereka berpisah dalam satu jarak masa yang agak jauh. Jodoh mempertemukan ketiga-tigaa mereka kembali ketika mereka sudah berada di luar negara menuntut ilmu. Mereka belajar di sebuah negara Eropah yang sama. Adam telah merancang untuk mempertemukan mereka semua di sebuah restoran dan…

Adam : Woi! Khai! Hang apa habaq? Makin macho nampak? Siap bawak awek cun lagi? Apa kes ni?


Tangan dihulur terus disambut Khairi dan memeluk erat sahabat lamanya.

Khairi : Kau ni pun. Agak-agakla sikit nak bertanya tu. Taula amik law study kat sini. Pleasela jangan jadi lawyer  depan aku. Kau pun ape kurangnya. Tu sape dgn kau tadi tu? 

Adam : Marka baru aku. Hehe.

Khairi : Nanti ko nak clash kasi aku pulak test ngayat?

Adam : Boleh. Awekku… Awekmu jua… Haha! 

Masing-masing tersengih bagai kerang busuk apabila isu teman wanita diperkatakan. Maklumlah, masing-masing sudah berpacar. Malah masing-masing sudah tahu perangai masing-masing. Sering bertukar pacar untuk dipermain-mainkan. Tetapi mereka masih sedar halal haram perhubungan. Tidak pernah terlanjur. Mereka sekadar tidak pernah serious dalam perhubungan. Hampir setengah jam berbual mesra…

Khairi : Eh, Jimi mane? Tak sampai lagi ke?

Adam : Ha! Tu dia!

Adam melambai-lambaikan tangannya ke arah Nazmi yang berlari-lari anak menuju ke arah mereka. Usai kaki Nazmi bertapak dua kaki dari mereka, Nazmi terus didakap erat tanda rindu pada empunya diri. Antara ketiga-tiganya, Nazmi paling dihormati. Nazmi tidak seperti mereka. Nazmi bukan playboy. Nazmi juga ibarat abang kepada mereka. Sering membantu mereka apabila dalam kesusahan suatu ketika dahulu.

Nazmi : Lama betul aku tak jumpa korang. Alhamdulillah dapat jumpa balik hari ni. Fulamak! Makin macho la korang sekarang. 

Adam dan Khairi menyeka air mata yang merembes sebentar tadi.

Adam : Ha! Hang pun sama ja. Eh! Apa pasal hang lambat Jimi?

Khairi : Yela, lama tau kitorang tunggu kau.

Nazmi : Sorila Dam. Khai. Aku…aku date dengan awek aku kejap tadi. Hehe.

Adam : Kuang ajaq hang! Kedekut sungguh. Kami duk bawak awek masing-masing hang pegi date tak nak tunjuk kat kami plak.

Khairi : Takut kau tackle awek die la tu Dam.

Nazmi hanya tersenyum mendengar gurauan kedua-dua sahabat karibnya suatu ketika dahulu. Tiga jam berlalu dengan penuh cerita-cerita lampau. Suka-duka kehidupan setelah mereka berpisah dan sebelum mereka bertemu semula. Nazmi melihat iPhone 4 nya berulang kali tanda resah di hati.

Khairi : Kau ape hal ni Jimi? Kalut semacam je ni?

Adam : Ha ah la. Awat hang nampak lain macam ni? Lepak dulu. Besok hari minggu, mana ade kelas.

Nazmi : Aku sebenarnya ada date dengan awek aku ni. Dah lambat dah ni. Takut marah pulak awek aku nanti.

Adam : Laaa! Hang kecut rupanya dengan awek hang? Haha!

Khairi : Tu la pasal. Dulu bukan main hero kau dengan kitorang kan? Mesti hebat awek kau kan? Kalau tak takkanla orang macam kau boleh tunduk dengan seorang awek. Cerita la sikit.

Nazmi : Aku memang nak cerita tapi aku dah lambat ni. Nanti-nantila aku cerita ye. Thanks for the gathering. It’s good to see both of you but I really need to go now. So sorry, bye. Assalamualaikum.

Salam disambut sambil anak mata Adam dan Khairi mengekori gerak terkocoh-kocoh Nazmi. Mereka memandang satu sama lain. Bingung dengan sikap Nazmi. Kalau dulu, ketika mereka bersama, Nazmi pasti akan turut serta sehingga mereka bosan. Tapi tidak kali ini. Tetapi mereka tidak ambil pusing.

Setelah hari itu, setiap dua minggu sekali pasti mereka bertemu di restoran yang sama tanpa jemu. Pasti ada sahaja topik yang ingin dibualkan. Seperti pertemuan pertama juga, Nazmi adalah orang pertama yang akan meminta diri sedangkan mereka akan terus bercerita itu dan ini sehingga lewat malam. Suatu hari…

Khairi : Siapa awek kau sebenarnye Jimi? Aku tengok kau lain sangat sekarang ni. Dah tak macam dulu. Tak macam zaman sekolah dulu.

Nazmi : Takdelah, aku biasa je. I’m still the same Nazmi. 

Adam : Nope. You have totally changed. Kalau Khai ni still jugak ade sifat happy go lucky and sifat playboy dia. Tapi hang lain sungguh. Hang dah tak sebising dulu. Aku tau la hang loyal. Mesti marka hang dah ubah hang ni. Siapa dia tu? Habaq mai la dengan kami.

Nazmi : Kalau korang nak tau. Awek aku ni bisu but she always with me when I need someone to talk. Dia selalu dengar permintaan aku. Dia sentiasa ada dengan aku tak kesahla either I’m in good or bad mood. Bila aku ingat dia mesti aku rase tenang je. Sebab tu aku tak berani nak lambat-lambat bile dia hantar mesej nak date. Aku takut nanti awek aku merajuk dengan aku.

Khairi : Are you serious? Takkanlah awek bisu yang kau cari? Punya la banyak awek yg sempurna sifat kat luar tu?

Adam : Khai, every people has their own interest right? Janganlah marah Jimi Khai.

Khairi : Bukan aku marah, cuma sikap dia dengan kita. Dia lagi pentingkan awek bisu dia dari kita Dam. Tolong bagi tau kitorang ape best sangat awek kau tu sampai kau buat kitorang macam ni. Selalu kau datang mesti nak cepat-cepat balik. Kau tau tak betapa susah aku nak jumpa kau.

Adam : Mesti ada sebabkan kenapa hang berubah lagu ni? Marka hang mesti hebat serba-serbikan? Kalau tak, mesti tak jadi macam ni punya.

Nazmi : Aku rase dialah yang paling indah dari segala-galanya.

Adam : Ok! Boleh tak hang bawak kami jumpa marka hang lepas ni? Aku tau sat gi mesti marka hang hantar mesej kat hang kan?

Nazmi : Boleh, tapi korang kena janji takkan marah aku lagi lepas tu.

Adam, Khairi : OK! Beres!

Seketika kemudian iPhone 4 milik Nazmi mula bergetar tanda peringatan atas temujanjinya dengan ‘awek’ nya.

Nazmi : Jom! Dia dah panggil dah.

Nazmi berjalan dihadapan sambil diekori Adam dan Khairi dibelakang. Mereka menyelusuri lorong-lorong kecil menembusi sebuah kawasan perumahan kos sederhana sehinggalah Nazmi berhenti dihadapan sebuah masjid kecil di hujung taman perumahan itu.

Khairi : Mana awek kau?

Nazmi : Awek aku ada kat dalam masjid tu. Kita solat dulu ya. Lepas solat aku jumpakan korang dengan dia.

Adam dan Khairi tercengang. Banyak betul dalih sahabat mereka ni. Usai solat asar pada petang itu, Adam dan Khairi sudah sedia menanti Nazmi di tangga kecil dihadapan masjid itu.

Adam : Lama hang duk zikir?

Khairi : Mana awek kau tadi?

Nazmi : Ehem, sebenarnya korang dah jumpa awek aku yang paling aku sayang tadi.

Khairi : Maksud kau?

Nazmi : Maafkan aku, aku tak de awek sebenarnya. Awek yang aku maksudkan selama ni is ALLAH. Tuhan yang kita sembah. Lepas aku clash dengan tunang aku suatu masa dulu. Aku terumbang-ambing. Aku try pergi kelas agama untuk tenangkan hati aku. Aku try dekatkan diri aku pada DIA sedekatnya supaya lepas ni kalau aku kecewa aku still ada tempat bergantung harap. Betulkan aku cakap, awek aku bisu. DIA tak pernah bercakap dengan aku. Tapi aku yang kena baca kata-kata DIA. Bila aku baca quran aku rase tenang.

Adam : Allahuakbar! Mulianya hati kau Jimi.

Khairi : Maafkan aku Jimi. Aku dah marah kau tadi.

Adam : Maafkan kami. Kami dah jauh terpesong sejak duduk Europe ni.

Nazmi : Chill bro. Awekku… Awekmu jua… Dia sentiasa dengar doa taubat kita. Aku bukan tak nak ajak korang datang sini sebelum ni. Tapi setiap kali iPhone aku vibrate korang dah halau aku. Kecik hati aku. So aku blah macam tu je la. Maafkan aku ya.

Mereka bertiga berpelukan diperkarangan masjid tersebut. Syahdu ditemani awan mendung yang bergerak perlahan di pawana.

"Sesungguhnya DIA adalah kekasih yang paling setia pada setiap diri manusia..sentiasa menanti ketika sedih atau gembira..ketika senang atau duka..tanpa pernah jemu mendengar permintaan kita..sering juga DIA memenuhi segala permintaan kita..hanya kita yang kadang-kadang lalai dan leka dengannya..sering kita rela menjamah satu kebaikan dari 27 ganda kebaikan yang hanya memerlukan sedikit usaha.."

JOM KEMPEN CINTA ALLAH DAN SOLAT BERJEMAAH..

*OK..!!Cerita ni pokcik kopipes dari sorang sahabat rapat pokcik yang studi kat oversea..pokcik mula-mula baca pun kurang faham pe mesej yang nak disampaikan..pokcik try contact die and tanya pe mesej yang cuba disampaikan..ni mesej yang nak cuba diberi tau..

1. budaya couple2 kat sana sgt hebat and pergaulan sgt bebas..so kne berhati-hati kat sana..
2. ramai yang pergi sana terus lupa mcm mana nak solat.. sbb kat sana x semua housmate tu muslim..
3. jangan ske mainkan hati orang..x baik..*yang ni pokcik x tau kat mane..

berdasarkan pe dia kata..banyak sangat cabaran kat oversea..terutama sekali yang di belah-belah Europe..students yang bagus tu Alhamdulillah tapi yang tandus tu pun ramai jugak..solat Jemaah tu sangatla susah sebab masjid tak banyak and kadang-kadang dapat housemate yang solat pun tak tahu..pesanan pokcik kepada adik-adik yang nak fly lepas SPM ni..studi elok-elok kat sana..kawal-kawallah pergaulan korang ek..kekalkan adat ketimuran kita..n jangan lupe solat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...