salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Tuesday, February 28, 2012

Awak SAYANG saya..??


Awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Awak selalu nak keluar date dengan saya..
Bila saya nak ajak kawan or adik saya..
Awak mesti marah..

Tapi awak tahukan..??
Kita dilarang berdua-duaan..
Kerana yang ketiga itu adalah syaitan..



Awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Setiap kali saya jumpa awak..
Awak mesti nak pegang tangan or jari kelingking saya..
Awak marah bila saya kata saya taknak..

Tapi awak tahukan..??
Kita dilarang bersentuhan apabila berbeza jantina..
Kerana itu jauh lebih hina dari menyentuh kulit khinzir..



Awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Setiap kali nak berjumpa dgn awak..
Awak mesti suruh saya pakai baju branded-branded..
Awak bengang kalau saya cuma pakai baju biasa-biasa..

Tapi awak tahukan..??
Kita dilarang untuk berhias berlebih-lebihan..
Khuatir merosakkan iman mata yang memandangnya dan diri yang memakai..

Awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Awak mesti call saya setiap malam..
Awak kata awak rindu..
Awak tak boleh tidur kalau tak dengar suara saya..

Tapi awak tahukan..??
Dari suara kita boleh menjadi zina pada hati..
Iman dalam diri juga boleh rosak..




Betul ke awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Awak tahu kan..
Semua yang kita buat selama ni..
Hanya mendatangkan dosa..
Cuma mendekatkan diri pada maksiat..

Siries awak betul-betul SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Saya selalu tanya awak macam ni setiap kali kita berpisah di stesyen LRT..
Betul ke awak sayangkan saya..??
Betul ke awak nak jadikan saya teman hidup awak..??

Tapi jawapan awak mesti sama..
Saya sayang sangat kat awak..
Cuma saya belum bersedia untuk jadikan awak teman hidup saya..

Saya selalu kecewa dengan jawapan awak..
Seolah-olah awak cuma nak permainkan saya..



Tapi..
Kalau betul awak SAYANG saya..
Awak sediakanlah diri awak dulu..
Awak pastikan cinta dan sayang awak pada DIA dan NABI kita..
 Jauh lebih tinggi dari cinta awak pada saya..



Bila tiba waktunya..
Kita aturkan pertemuan dua family..
Saya tak nak bila saya jadi teman awak..
Diri saya tak sempurna di mata DIA juga di mata awak..

Awak..
Maafkan saya..
Saya nak jaga iman saya dulu..
Saya nak cari cinta DIA dulu..
Saya harap awak pun sama..




Kata ALLAH..

Lazimnya perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka yang baik itu adalah bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang yang jahat mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan dari Allah dan pengurniaan yang mulia..


(AN-NUUR : 26)


Buat diri penulis dan juga para pembaca..
PEACE no WAR..!!

Thursday, February 23, 2012

Titis Kasih Surat Ibu..






Kertas ditangan terlepas dari genggaman..
Terasa masa terhenti seketika..
Tiada kata mampu terucap..
Hanya mulut yang bisa terbuka..
Cuma bicara sepi dari kalbu yang dalam..

"Maafkan aku ibu..aku berdosa padamu.."

Bercucuran jatuh mutiara-mutiara putih dari tubir mata..
Tanda penyesalan yang tidak bernoktah..

15 tahun dahulu..

"Saya benci ibu..!! Sebab ibu saya selalu dihina..!! Saya benci..!! Dahlah buta..!! Miskin pula..!! Ibu tak payah hantar saya ke asrama lagi..!! Saya malu..!! Saya takkan balik lagi rumah buruk ni..!!"

Ibunya hanya kaku mendiamkan diri..menitis air mata mengenangkan anak yang malu dengan tampilan dirinya yang cacat sebelah mata..anak mata kirinya mengikuti ekor bayang satu-satunya anak hasil benih cinta suci dia dan arwah suaminya..tiada kata penyesalan yang terucap..hanya redha..itulah satu-satunya anak yang disayangi..dalam hati dia berkata.."Nak..ibu janji takkan pergi ke sekolahmu lagi..pergilah..ibu redha.."

7 tahun kemudian..

"Congratulation sir..!!your wife and your twin were safe in the operation..praise to god.."

Dia hanya tersenyum girang..titik peluhnya berhasil selama ini..inilah saat paling bahagia buat dirinya..berjaya dalam pelajaran..satu-satunya anak 'yatim piatu' yang berjaya membuka syarikat gergasi diseantero dunia..sering juga gambarnya menghiasi kulit-kulit majalah ekonomi antarabangsa..berjaya keluar dari kepompong kemiskinan..menetap diluar negara..punya isteri yang cantik..kediaman yang indah permai..kini..dikurniakan pula dua kembar perempuan yang comel pada pandangan setiap yang melihat..

"Ya..!! Aku bahagia..!!"

3 tahun kemudian..

"Arrrr..!!"

Jeritan nyaring anak perempuannya mengejutkan dirinya dari lena petang..cepat kakinya melangkah..khuatir sesuatu yang buruk berlaku..

"Why dear..?? Whats wrong..??"
"Im scared..someone with one eye waiting at the door.."

'Ibu..!!' Hati kecilnya bersuara..kayuhan kakinya kuat menghentak lantai..tangan mencapai tombol pintu..ditarik kasar..merah padam mukanya tanda marah pada empunya diri yang menakutkan anaknya..lalu.......

"Berambus kau dari sini..!! Aku tak kenal kau..!!"
"Ini ibu nak.."
"Aku tiada mak yang buta..!! Mak aku dah lama mati..!!

'Pang..!!' Dengan kasar pintu dihempas..terkejut siibu tua..terasa hiba..tetapi dia bahagia melihat satu-satunya wajah yang dirindu saban waktu..

"Maafkan makcik nak..makcik tersalah alamat..makcik mintak diri dulu.."

Longlai langkah si wanita tua pabila dihina 'anak kesayangan' sendiri..tapi dia redha..langkahnya terus menuju destinasi seharusnya..'rumah buruk'..

5 tahun kemudian..

Dia terbang ke negara asalnya kerana ingin bertemu rakan-rakan seperjuangannya di sekolah berasrama penuhnya dahulu.."Majlis Reunion" sungguh gemilang..isteri dan anak-anaknya ditipu kerana ingin menghadiri majlis ini..katanya ada kerja luar lingkungan..semuanya gara-gara majlis reunion ini..

Terdetik dihatinya ingin melihat 'rumah buruk' yang pernah ditumpang tidur dan makan suatu ketika dahulu..sesampai disana..matanya terbeliak kaku..tiada apa yang tinggal..hanya kayu-kayan yang sudah menjadi abu..

"Encik..encik nak cari tuan rumah ni ke..??"
"Ya saya kawan anak tuan rumah ni..mana tuan rumah ni ya..??"
"Dia baru je meninggal..sebulan lepas..arwah ni yang mintak rumah ni dibakar..lagi satu..masa arwah ni hidup..arwah ada pesan pada saya dulu..kalau anak dia balik..mintak serahkan surat ni pada anaknya..kesian arwah..dah sampai ke liang lahad pun anaknya tak balik-balik menjenguk.."
"Mana suratnya pakcik..?? Nanti saya serahkan pada anak arwah..saya sepejabat dengan anak arwah.."
"Ni dia.. Pakcik minta diri dulu ya.."

Surat bertukar tangan..hanya senyuman tergaris dibibir..tiada air mata yang terkeluar..kerana memang itu yang diharapkan..'ibunya mati..!!'

Lembaran surat dibuka..

Buat anakku yang ibu sayangi..

Maafkan ibu kerana ibu telah menjadi beban hidup kekal buat anak ibu. Ibu tahu anak ibu ini pasti malu dengan penampilan ibu. Ibu sedar, ibu buta, ibu miskin, tapi dalam hati ibu, ibu sentiasa berdoa agar anak ibu dapat mencari kebahagiaan di dunia ini. Setelah anak ibu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Anak ibu tidak pernah pulang ke rumah. Ibu rindu sangat mahu melihat wajah tampan anak ibu. Lima tahun dahulu, ibu terbaca kisah kegemilangan anak ibu di muka depan akhbar. Ibu bangga sekali dengan kejayaan anak ibu. Ibu keluarkan semua duit simpanan ibu untuk pergi bertemu anak ibu. Ibu gembira bila ibu dapat lihat rumah anak ibu yang cantik. Ibu bahagia bila tahu anak ibu sudah mempunyai anak. Maafkan ibu kerana tanpa sengaja telah menakutkan cucu comel ibu.

Ibu dapat tahu dari seorang teman, katanya anak ibu akan pulang ke tanah air. Ibu gembira sangat mendengar berita itu. Tapi, maafkan ibu nak. Andai masa ketikanya anak ibu ini mahu mencari ibu, ibu mungkin sudah tiada di dunia ini. Penyakit tua ibu sudah melarat. Ketika menulis ini pun ibu sudah terlantar di atas katil. Maafkan ibu nak. Ibu tidak dapat bertemu dengan kamu lagi.

Sebelum ibu pergi, ibu mahu ceritakan sesuatu kepada kamu. Ketika usia kamu 2 tahun, kita sekeluarga ditimpa kemalangan kereta. Ayah pergi meninggalkan kita berdua. Ibu keguguran anak dalam kandungan. Anak ibu ini pula buta sebelah mata kerana tertusuk rangka besi kereta. Ibu tidak sanggup melihat anak ibu yang buta matanya. Ibu nekad menggantikan mata anak ibu yang hilang dengan mata kanan ibu. Ibu berharap anak ibu dapat melihat dunia ini dengan sepuas-puasnya. Terima kasih kerana telah menjaga mata ibu dengan sempurna. Ibu maafkan segala kekasaran anak ibu. Cuma satu ibu minta, doakan kebahagian ibu disana ya nak.

Dari ibu yang sentiasa merinduimu..

Terduduk kaku tanpa bicara tatkala perkataan terakhir usai dibaca...

*Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata..tiada berkaitan antara yang hidup dan juga yang mati..

Jangan sesekali kita menghina ibu / umi / mama / mak kita..dialah orang yang telah mengendong kita dalam perutnya selama 9 bulan..dialah yang membesarkan kita..hormatilah dia..sedang dalam al-quran menegahkan perkataan 'ah..!!' kepada ibu..sedang nabi s.a.w sendiri mengangkat darjat ibu 3 kali lebih tinggi dari seorang ayah..sedang syurga itu sering dikatakan dibawah telapak kaki ibu..apakah kita masih mahu membenci ibu sendiri..??

Kalau buah hati boleh call hari-hari..kenapa tidak ibu sendiri..??
Kalau pada kekasih boleh diucapkan 'I LOVE YOU'..kenapa tidak ibu sendiri..??


Kucuplah tangan tuanya selagi kita masih mampu..




Call her and say "I LOVE YOU MUM" 



Monday, February 13, 2012

Doaku Untuk Teman..


Asyraf dan Muadz merupakan teman rapat dari mereka bersekolah menengah hinggalah memijakkan kaki ke menara gading..ibarat belangkas..mereka tidak pernah berpisah..segalanya pasti akan mereka lakukan bersama..belajar..bersukan..segalanya..seperti hari kebiasaan mereka menghabiskan sisa waktu malam dengan menunaikan solat hajat dan taubat sebelum masuk untuk tidur..kehidupan mahasiswa IPTA..mencari ilmu disiang hari..cuba meraih redha ALLAH di malam hari..suatu malam ketika usainya mereka membaca surah Al-Mulk dan As-Sajdah..

Asyraf : Apa yang kau menungkan tu..ingat awek ke..??

Muadz : Engkau ni..muka tong pecah macam aku ni mana la nak ada awek..bukan macam kau..

Asyraf : Hehe..

Senyap sedetik dua..

Muadz : Aku risau..exam dah nak dekat sangat..aku serba serbi tak prepare apa-apa lagi..ni dah la final sem..aku tak naklah fail..nanti kena repeat next year..

Asyraf : Chill bro..result kau sebelum ni pun gempak je..tak pernah pulak fail..relax la..lagipun lambat lagi kan..sebulan lagi kut..aku tengok kau study sampai memalam macam ni..takkanlah tak boleh score..aku percaya kau bole..jangan risau sangatlah..

Muadz : Insyaallah..

Asyraf : Boleh aku tanya sikit..??

Muadz : Tanye je la..apahal pulak kau nak mintak kebenaran pulak ni..sebelum ni tak pernah pun..??

Asyraf : Apa yang kau selalu doa ek lepas habis solat..??aku tengok kau kalau berdoa punyala lama..

Muadz : Aku tanya kau balik..ape yang kau doa setiap kali lepas solat..??

Asyraf : Orang tanya dia..dia tanya kita balik..hampeh punye kawan..hehe..ko nak tau ke ape aku doa..??aku selalu doa supaya aku excellent akedemik..lepas grade nanti dapat kerja yang baik..dapat gaji besar..last sekali aku doa supaya aku dapat kahwin dengan wanita pilihan aku..hehe..kau..??

Muadz : Huaarrgghh..!!aku tak larat la bro..nantila ek aku bagi tau kau..selamat malam..assalamualaikum..

Asyraf : Hampeh..!!waalaikumussalam..

Dua bulan kemudian..

Asyraf : Bro..kau grade firstclass kut..tahniah..!!tapi cam biasala..nama kau still bawah nama aku..hehe..kan aku dah kata..makbul jugak kan doa kau tiap-tiap malam sebelum ni..hehe..jom aku belanja kau makan lepas ni..

Muadz : (Tersenyum) Alhamdulillah..

Tujuh tahun kemudian..

Asyraf : Sabar..mungkin ni ujian ALLAH untuk kau..kau kena redha..doa banyak-banyak supaya isteri kau sembuh dan dapat lahirkan anak kau dengan selamat..kau doalah macam dulu-dulu..lama kau berdoa..insyaallah makbul doa kau..dulu semua benda kau buat mesti kau sukses..aku yakin tu mesti sebab doa kau..nanti kau buatla solat hajat ek..

Muadz : (Sambil tersenyum) Alhamdulillah..doa aku selama ni memang dah termakbul pun..

Asyraf : Maksud kau..??takkan kau doa isteri kau sakit pulak..??aku tengok kau bahagia je dengan isteri kau selama ni..sampai nak jumpa aku pun kau bawak dia..??

Muadz : (Tersenyum) Sejak kita berkawan hinggalah hari ni..aku hanya berdoa agar semua umat islam dalam dunia ni berbahgia hidup dalam dunia ni..terutama sekali kau..sabab kau kan sahabat baik aku..syukurlah aku dapat tengok kau bahagia dengan carrier..wife kau..anak-anak..mungkin ni takdir aku..aku percaya ALLAH akan berikan yang terbaik untuk aku..kalaupun wife aku tak selamat..aku redha..ALLAH lagi sayang dia..mungkin aku akan jumpa dia di syurga nanti..takkan semua yang kita mintak kita akan dapatkan..??kau jugak selalu cakap dulu..ALLAH takkan bagi sesuatu yang kita mintak on the spot..mungkin esok..mungkin lusa..mungkin juga DIA takkan bagi apa yang kau mintak..tapi diganti dengan sesuatu yang lebih baik kan..??

Seorang doktor perempuan datang menyapa Muadz..Muadz bangun mengekori doktor perempuan tersebut tanpa menoleh pada Asyraf yang masih tercegat kaku di sofa empuk mereka menumpang duduk sebentar tadi..seperti tidak percaya perkataan itu juga yang terkeluar dari bibir mugil doktor perempuan itu.."Maaf encik Muadz..kami tak dapat selamatkan isteri dan anak encik..internal bleeding isteri encik terlalu teruk dan anak encik mati lemas kerana kekurangan oksigen ketika dalam rahim..maafkan kami.."

Asyraf : Muadz..maafkan aku..tak pernah terlintas dalam benak aku untuk doakan bahagia untuk kau..aku terlalu mementingkan diri..ya ALLAH..ampunkan diri hamba yang mementingkan diri ini..

Asyraf menadah tangannya.."Ya ALLAH ya tuhanku yang maha pemurah..kau kembalikanlah sinar bahagia buat teman ku Muadz bin Raihan..agar dia dapat terus berjuang diatas jalanmu kerana aku tahu dia seorang hambaMu yang sangat baik budi pekertinya..amean.."

Tangan disapu pada muka lantas berlinangan air mata bercucuran..

Ni cuma dialog yang dikopipes dari sorang member pokcik..ok la rasenye jalan cerita dia..apa yang pokcik nak highlight kat sini ialah doa..tu yang paling penting..berdoalah pada DIA..dengan izinnya pasti akan dimakbulkan..seperkara lagi..antara adab berdoa itu adalah kita berdoa untuk saudara kita sesama muslim..lagipun bukankah mendoakan sesuatu kebaikan untuk orang lain itu mendatangkan pahala..??insyaallah..so..jom kita berdoa untuk diri..keluarga..teman-teman dan saudara semuslim..

Jangan risau..doa itu percuma..hanya perlu sedikit rembesan air liur dan kemahuan sahaja..

Kata ALLAH..

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina”. 
(Al-Mu’min 40:60)

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ".
(Al-Baqarah 2: 186)

Doa..jangan tak doa tau..!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...