salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Thursday, August 18, 2011

Susahnya COUPLE Ni..


Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Hindarilah zina kerana ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangkan umur, sedangkan yang diakhirat, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di dalam neraka."
(Hadith riwayat Baihaqi)

Couple..dalam bahasa melayunya disebut sebagai berpasangan..diusia remaja..memang diakui pelbagai perkara yang ingin kita cuba dan dirasai..ketika umur belasan tahun itulah jiwa setiap insan mahu merasa didampingi dengan penuh kasih sayang..ikuti dialog ringkas di bawah antara seorang pelajar tingkatan 5 dengan guru pendidikan islamnya..

Amar : Ustaz, apa hukum couple?

Ustaz Z : Pernah tak kamu dengar kata-kata ni "Jangan kamu hampiri zina"?

Amar : Pernah ustaz, tapi saya bukan tanya pasal zina. Saya tanya pasal couple.

Ustaz Z : Couple tu sebenarnya merupakan lorong yang membawa kamu ke arah zina.

Amar : Tapi, macam mana pula zina tu boleh berlaku kalau si lelaki langsung tidak pernah berjumpa dengan si perempuan? Kiranya si lelaki tu cuma kenal dengan si perempuan melalui telefon. Langsung tidak pernah berjumpa sepanjang-panjang mereka berhubungan.

Ustaz Z : Kamu kena faham, zina itu bukanlah sepertimana yang dikiaskan Rasulullah s.a.w. seperti batang celak yang masuk rapat pada mulut botol pewarna hitam semata-mata. Zina itu juga berlaku pada mata, tangan, mulut, telinga bahkan hati kamu juga mampu melakukan zina.

Amar : Macam mana tu ustaz?

Ustaz Z : Zina mata tu berlaku apabila kamu memandang sesuatu yang mampu mendatangkan berahi dalam jiwa. Zina tangan pula zina yang selalu kamu nampak di shopping mall tu apabila ada sepasang lelaki dan perempuan berpegang tangan. Itu zina tangan namanya. Zina mulut pula secara zahirnya adalah cumbuan. Tetapi secara tersiratnya ia adalah ungkapan-ungkapan puitis romantis yang diucapkan si kekasih pada kekasihnya. Secara tak langsung melemparkan ciuman indah bergelora pada gegendang telinga si kekasih. Itu dah jadi zina telinga. Last sekali zina hati. Zina ni yang paling licik sebabnya tidak berlaku bila berdua sahaja. Seorang diri pun boleh jadi. Bila kamu membayangkan kekasih kamu maka itu sudah dikira zina hati.

Amar : Tapi kalau mereka boleh tahan dengan semua tu macam mana pula ustaz? Mereka tak pernah berjumpa pun. Setakat intai-intai gambar kat muka buku. Itupun gambar kaku saja. Tak akan berahi la ustaz.

Ustaz Z : Kamu yakin kamu boleh tahan dengan godaan cinta esok bila kamu dah punya banyak masa terluang? Masa SPM ni ye la kamu tak fikir sangat sebab sibuk nak kejar straight A. Bila dah keluar nanti. Masa cuti panjang nanti. Takkan kamu tak nak jumpa dia? Mesti punya akan ada plan untuk berjumpa. Kononnya nak berkenalan dengan lebih dekat kan? Sedangkan Adam a.s. pun tergoda dengan pujuk rayu Hawa apatah lagi kita umat akhir zaman ni. Amar, nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa tiada yang lebih baik bagi lelaki dan perempuan yang bercinta selain nikah (Hadith Ibn Majah).

Amar : Tapi ustaz, bukan ke jodoh tu perlu kita cari?Kalau nak kawin mestilah kita nak kenal dulu siapa bakal isteri kita tu?Bukan macam tu ke ustaz?

Ustaz Z : Amar, jodoh pertemuan ajal maut tu semuanya datang dari Tuhan bahkan dah tersedia tertulis di lohul mahfuz lagi. Janganlah kamu risau pasal jodoh kamu. InsyaALLAH ada saja. Hanya waktu dan ketikanya sahaja yang perlu kamu tunggu. Kamu kena ingat, ALLAH berfirman dalam surah An-Nur ayat ke-26, "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.". Tengok, dalam Al-Quran sendiri dah dijanjikan wanita yang baik untuk seorang lelaki yang baik. So, tak payahlah kamu nak bersusah payah mencari-cari wanita untuk dijadikan isteri kamu nanti. Lebih baiknya kamu bercinta lepas kahwin. Lagi syok. Lagi romantik. Macam ustaz. Hahaha.

Amar : Macam mana pula kalau pasangan tu memang dah berjanji sehidup semati akan kahwin bila cukup masanya? Lagipun ustaz, cinta lepas kahwin macam payah la ustaz.

Ustaz Z : Apa yang payahnya? Ok, kalau pun betul mereka nak berkahwin, kamu agak-agak apa yang dipamerkan masa bercinta dulu akan kekal sampai selepas kahwin ke? Percayalah cakap ustaz, zaman bercinta ni zaman hipokrit. Masa tu la nak tunjuk segala kebaikan. Sanggup tunggu walau lambat dekat sejam. Bila dah kahwin silap-silap lambat lima minit dah tak boleh tahan dah. Tak ke tu jadi lagi payah? Nanti mulalah pasangan kamu ungkit kisah-kisah kebaikan anda pada dia dulu. Secara tak langsung kamu dah menipu pasangan kamu tu. Bercinta lepas kahwin memang susah tapi itukan jauh lebih selamat. Selepas kahwin barulah nak belajar hati budi masing-masing. Nanti tak adalah nak terkejut beruk macam orang bercinta sebelum kahwin. Dulu lain sekarang lain. Tapi, kenapa kamu beria-ria sangat tanya saya pasal perkara ni? Kamu couple ke?

Amar : Sebenarnya saya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Tapi saya tak pernah jumpa. Sekadar kenal di telefon. Itupun sebab kawan yang bagi nombor diea pada saya. 

Ustaz Z : Patutlah bukan main lagi kamu bertanya ya! Kamu suka dia?

Amar : Suka ustaz. Tapi bila saya dengar ustaz cakap tadi tetiba rasa tu dah berubah sikit.

Ustaz Z : Berapa lama dah kenal?

Amar : Masuk tahun ni dah dekat 3 tahun dah ustaz dan hubungan kami masih erat lagi.

Ustaz Z : Walaupun tak pernah berjumpa?

Amar : Ya.

Ustaz Z : Nak tak kalau ustaz bawa kamu jumpa dia dan terus kahwinkan kamu dengan dia sekarang ni?

Amar : Ish. Nantila dulu ustaz. Saya tak ready lagi nak pikul tanggungjawab seorang suami tu. Apa saya nak bagi dia makan nanti. SPM pun belum lepas lagi.

Ustaz Z : Tanggungjawab? Habis tu dosa yang kamu dah tanggung tiga tahun lepas macam mana pula? Apa pula kamu nak jawab depan ALLAH taala nanti?

Amar : Erm, macam mana saya nak buat ustaz? Saya dah jauh terlanjur bercinta dengan dia ustaz. Saya dah sayang sangat pada dia. Tak kan lah pulak saya nak tolak dia mentah-mentah saja macam tu.

Ustaz Z : Bertaubat Amar. Bertaubat saja caranya. Putuskan hubungan terlarang kamu dengan dia tu. Kesalkan segala yang telah berlaku dan apa yang telah kamu lakukan. Berdoalah supaya cinta kamu lepas ni hanya untuk ALLAH. Kamu tahu Amar, kalau kamu sayang ALLAH, insyaALLAH bila tiba masanya nanti kamu juga akan bertemu dengan si dia yang juga mencintai ALLAH. Cinta kerana ALLAH tu jauh lebih manis dari manisnya madu.

Amar : Tapi macam mana dengan dia?

Ustaz Z : Macam ni la. Apa kata kamu cakap baik-baik dengan dia. Lepas tu kamu cakap direct je dengan dia yang kamu akan datang lamar dia sepuluh tahun lagi. Minta dia tunggu kamu. InsyaALLAH kalau ada jodoh bertemu juga kamu dengan dia. Tapi kalau benda macam tu pun tak boleh. Kamu tinggalkan saja dia. Banyak lagi bunga-bunga suci kat luar sana.

Amar : InsyaALLAH ustaz, saya cuba.

Ustaz Z : Mesti buat.

Penulisan ini merupakan satu pengalaman sebenar yang dialami penulis sendiri pada usia hingusan di alam persekolahan kira-kira tiga tahun yang lalu..mungkin ada sedikit olahan-olahan tidak seberapa kreatif dari penulis..penulis yakin pasti ramai remaja-remaja di luar sana mengalami dan merasakan perkara yang sama seperti mana yang telah dirasai penulis..CINTA..

Syukur ALLAH itu maha pemberi kekuatan..susah..sangat susah untuk memutuskan sesuatu hubungan yang kiranya agak kuat dipegang sebelum ini..memang susah nak lupakan segala kenangan manis yang bermain di minda fikir semasa bersama menyemai benih-benih cinta tahun-tahun yang lalu..bahkan sehingga hari ini masih lagi kadang-kala memori indah itu datang menerpa..cepat-cepatlah menyibukkan diri dengan sesuatu yang lain..terbaik hanyalah Al-Quran..penulis percaya Al-Quran itulah penawar segala penyakit..termasuklah penyakit angau ni..sukar macam mana sekalipun kita mesti cuba..yakin pada janji ALLAH bahawa orang yang baik pasti untuk orang yang baik..

Percayalah pada cinta ALLAH..

Ya..cinta monyet antara seorang lelaki dan wanita..penulisan ini hanyalah sebuah coretan kenangan yang barangkali bisa mengubah persepsi para pembaca tentang cinta adam dan hawa seperti mana pengalaman ini telah mengetuk pintu hati penulis untuk mencari cinta yang paling suci yakni cinta ILLAHI..insyaALLAH..bila kita menyayangi TUHAN..maka TUHAN akan membuka segala pintu hati manusia yang lain agar mencintai kita.. 


Pastikan cinta utama itu pada ALLAH..

This quote has touched deeply in my heart..creadit to ALLAH SEEKER..

"Andai terlintas di fikiran mahu menyentuh kulit saudaramu yang berbeda jantina, bayangkan dirimu memegang bara api. Bukan api, tetapi hanya baranya sahaja. Andai dirimu merasakan tidak mampu untuk memegangnya walau hanya 10 saat, maka pendamkan sahaja hasrat mu itu. Sabarlah dalam penantian kekasih halalmu. Kerana kekasih itu semua milikmu bila kata nikah itu sudah dimeterai."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...