salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Thursday, June 23, 2011

TEKNOLOGI Menambah Dosaku..

Kehidupan seharian seorang hamba bergelar manusia biasa pasti sering diselubungi dengan kabus dosa walaupun hanya sekecil zarah..ya..kehidupan manusia hari ini sentiasa dikelilingi dengan lingkaran2 dosa yang amat sukar dibolosi oleh sesiapa sahaja..apatah lagi pabila hidup kini beredar di era globalisasi yang serba canggih dan moden..tapi malang bagi kaum bernama manusia..semakin kemajuan itu dicapai semakin bertambah akar serabut pencetus dosa nestapa..



Chill bro..ape bende kau merepek dengan ayat bahasa melayu kuno ni..??trend la bro..makin bertambah tahun dalam calendar tu makin berkembanglah teknologi..lu ni selekeh ar..

Sabar dulu brader..katalah apapun yang anda mahu katakan..ini hanya pandangan saya sebagai pemerhati perubahan strata evolusi ciptaan manusia..mungkin anda fikir kemajuan itu sebagai satu perkara yang normal..saya juga begitu..tetapi pernah terfikir tentang pro dan kontras kemajuan zaman itu terhadap saham kita di akhirat..

Kalau dulu..tiada televisyen..nenek moyang kita begitu sukar memperoleh maklumat semasa..hari ini..hampir setiap rumah di dunia ni punya sekurang-kurangnya sebuah..kalau telebih kaya tu kadang2 sampai sepuluh pun ade..lebih pun de gak..haha..ok2..cukup2la guna ayat formal ni..rimas la pokcik..hehe..


Kau crite pusingla bro..pe kes ni..TV plak masuk..kunola kalau takde TV..bro..hari ni kalau takde TV, laptop, mp3, handphone..lu boleh kira kuno giler ar..

Pokcik tau..ala..pokcik pun ada gak benda2 tu semua..pokcik pun tak nak ketinggalan zaman..apa yang pokcik nak sampaikan di sini ialah dosa kita dengan adanya teknologi yang serba canggih ni..kalau tak tonton TV tu kira mustahillah..nak tak nak kita mesti jugak sebab hari ni TV menjadi wadah info semasa..tak payahlah kita nak pusing jauh2..contoh TV ni pun dah cukup dah..setahu pokcik la..aurat itu haram diperlihat dan dilihat..

Tapi hari ini..boleh kata hampir semua wartawan dan pembaca berita perempuan yang duduk menyampaikan maklumat tu free hair..bukan ke tu dah kira dosa..tak kisahlah kalau dosa kecil sekalipun tapi kalau dah setiap kali berita kat TV tu yang keluar baca beritanya perempuan..yang jadi wartawannya perempuan..dalam setahun dah berapa banyak agaknya dosa2 kecil yang dah terkumpul..?? fikir2lah sendiri ya..susah sangat tekan kalkulator..setahun ada 365 hari darab dengan berapa jam kita tengok berita..katakanlah sejam tu satu dosa..tak ke banyak jadinya..tu tak kira lagi kalau kita duduk depan TV tengok drama2, muvie2, iklan2, yang sentiasa menayangkan artis2 yang kurang sopan cara pemakaiannya..macam mana pula dengan facebook, twitter, myspace, flickr semua tu..??gambar2 profile yang free hair..??tak tahulah berapa banyak dah saham dosa dalam akaun akhirat kitakan..??


Itu baru bab aurat..macam mana pula dengan bab fitnah-memfitnah..??ramai betulkan pembunuh ekstremis zaman sekarang ni..??bukan ke ALLAH dah bagi tahu dalam Al-Quran..surah Al-Baqarah ayat 217..”fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.”..bahkan kita dianjurkan untuk memerangi mereka yang suka memfitnah ini..”Dan perangilah mereka itu sehingga tiada lagi fitnah..”(Al-Baqarah ayat 193)

Tekan saje keyboard laptop..berjuta fitnah boleh tersebar luas..tak kiralah di facebook, youtube dan macam2 lagi la laman sesawang yang kita boleh guna semata-mata untuk menyampaikan ayat2 fitnah itu..kalau dulu..sebelum ada telefon2 3G yang serba canggih ni..orang kalau nak buat onar fitnah ni kena bejalan rumah ke rumah menjaja cerita fitnah..hari ini..tak payah nak penat2 kaki berjalan..guna telefon saje..berjam-jam berbuih mulut pokpek2..tak penat apapun siap tu elok je habis calling siap masak dah makanan tengahari..sambil bercerita sambil masak..jimat masa..haish..tak tahulah..


Belum cerita lagi dengan fenomena sekarang yang melanda masyarakat Malaysia hari ni..buli, rogol, zina, buang anak..paling tak tahan yang buat benda2 macam tu bukannya orang tua..tetapi remaja..belasan tahun dah reti semua benda2 macam tu..mana diorang tahu..??parents bagi tahu..??mustahil..takkan ada parents yang nak bagi tahu anak diorang pasal hal dewasa ni kalau anak diorang tu SPM pun tak lepas lagi..akarnya teknologi..dunia siber yang tiada sempadan..kerana terlalu bebas..kerana tiadanya sempadan akhirnya ramai yang terbabas..hasilnya..terpampang kat dada akhbar..”REMAJA MELAHIRKAN ANAK DI TANDAS SEKOLAH”..”MAYAT BAYI DIPERCAYAI DIBUANG DARI TINGKAT 14 PANGSAPURI”..



Kerana kemajuan teknologi..budaya, etika, keperibadian sedikit sebanyak telah diubah mengikut kemajuan itu sendiri..tak salah kalau kita nak mengikuti perkembangan..tapi seharusnya kita tahu bawa diri kita..gunakan kemajuan teknologi dengan mengkaji lagi ilmu ALLAH..kegunaan secara total kebaikan teknologi itu untuk berdakwah..tak salah..malah dianjurkan..yela..hari ini..generasi ulat buku dah berkurang..generasi hari ni lebih selesa dengan ICT..segalanya dihujung jari..

Andai  kita seorang muslim..identiti muslim bukan sekadar pada nama..bukan sekadar pada keturunan..bukan sekadar pada ic..tapi seharusnya pada sanubari kita..pada jiwa kita..

Sekadar satu penyampaian..yang baik itu datangnya dari ALLAH manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri selaku hamba ALLAH yang lemah..sama2 lah kita fikir dan renungkan..moga tersirat dalm sanubari..sesungguhnya pintu keampunan ALLAH itu masi terbuka luas buat hambanya yang memohon ampun..

Wallahua’lam.. 

Wednesday, June 22, 2011

Sensasi Bunuh Diri..



Lagi berita...
Bunuh diri kematian kedua tertinggi di Malaysia (Utusan Malaysia)
PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini. Menurutnya, dalam laporan bertajuk Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia itu, kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara 9 hingga 12 kes bagi setiap 100,000 penduduk manakala tahun lalu pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang. "Dipercayai bilangan sebenar kes membabitkan bunuh diri di negara ini lebih tinggi daripada jumlah rasmi yang diberikan kerana kes-kes seumpama ini kurang dilaporkan...." bersambung di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm


MasyaAllah..kasihan mereka-mereka yg terpaksa lalui kehidupan begini. Bunuh diri semakin sensasi (mcm pelik pula guna perkataan ni) dalam kalangan masyarakat & termasuklah rakyat Malaysia.. Mengapa begini?? Tak ingatkah orang tersayang?? Mengapa tidak mendengar kata Tuhan?? Ke mana pergi matlamat hidup?? Cuba kita jawab soalan yang terakhir dulu. Ke mana pergi matlamat hidup?? Melihat berita yang pertama, apakah matlamat hidupnya untuk mencari cinta manusia?? Soal matlamat ini sangat penting. Dari awal lagi, seseorang itu selalu diajar agar menetapkan matlamat hidupnya sama ada oleh ibu bapa, guru, bahkan masyarakat (menjadi kaya??). Matlamat hidup bolehlah kita ertikan sebagai sebab seseorang itu hidup. Jika bukan kerana matlamat itu, semangat untuk hidup itu besar kemungkinan tiada. Mungkin kita boleh kata bahawa individu dalam berita pertama itu bermatlamatkan cinta si gadis dan setelah gagal mencapai matlamat, beliau kecewa dan hilang tujuan untuk hidup lalu menamatkannya sendiri. Dalam Islam, membunuh diri bermaksud menempah satu tiket khas ke neraka yakni yang pasti dan kekal. Firman Allah SWT:

"...Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (Surah An-Nisa', Ayat 29)

Dan dalam Hadis pula:

Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW, bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka,untuk selama-lamanya.” (Riwayat Muslim)

 "Weh, ko tak baca ke dalam Internet?? Aku google, ada orang kata Islam tak haramkan bunuh diri! Siap galakkan lagi.."

Sabar tuan/puan, kita perlu sedar bahawa orientalis (tak kira barat/timur) sentiasa berusaha untuk memutarbelitkan fakta dengan berpegang pada perbahasan yang tidak sah dan beretika. Kalau la betul halal, tidak mungkin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jemaah-jemaah ulama' tidak tahu? Sedangkan para ulama' seperti Imam Syafi'e dan Imam Abu Hanifah yang menghafal beribu-ribu hadis tidak pernah mengemukakan fatwa sedemikian, inikan pula mereka yang hanya membaca semuka dua tafsir dan hadis ingin mengatakan para ulama' jahil. Tidak sama sekali.. Kembali pula kepada matlamat. Apa matlamat hidup kita? Kalaulah untuk menjadi engineer, doktor, pakar komputer, jutawan dan billionwan (tiada dalam kamus ni rasanya..), mungkin sekali jika gagal mencapai matlamat-matlamat tersebut, anda akan bunuh diri. 


Samalah juga kes-kes putus cinta. Sanggup berkorbanlah bagai. Ini mungkin pengaruh novel dan drama yang mempamerkan sikap 'sanggup mati' demi kekasih.. Apapun, tetap tidak logik. Mengapa membunuh diri demi kekasih yang tidak mengasihi?? *bukannya dia akan jatuh cinta semula pun* Islam telah pun memberi penyelesaian lengkap akan isu ini:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu." (Surah Adz-Dzariaat, Ayat 56)

Sesungguhnya kita dijadikan semata-mata untuk menyembah dan beribadah kepadaNya. Menyembah di sini boleh membawa maksud berserah diri kepadaNya dan mentauhidkanNya, beriman denganNya.


Beribadah pula bukan sahaja dalam konteks solat dan puasa (dan yang berkaitan) sahaja. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan umum. Ibadah khusus ialah yg fardhu ain (cth: solat) dan fardhu kifayah (cth: uruskan jenazah). Ibadah umum pula ialah segala perbuatan harian (cth: belajar & tidur) yang diniatkan untuk beribadah atau kerana ALLAH.




Maka niat kita itu sangat penting. Buatlah apa-apa pun (yang baik la), janji niatlah kerana ALLAH dalam segala perkara. Ingatlah matlamat hidup kita..kerana ALLAH jua~ Pasti sukses! 



Renungkan, jika kita hidup kerana Allah SWT, bagaimana mungkin matlamat itu akan mencapai kegagalan? Mungkin jika kita sendiri yang tidak berpegang kepada matlamat tersebut? Allah SWT juga banyak memberi motivasi kepada hamba-hambaNya agar tidak berputus asa dan kuat berdepan dengan cabaran yang hanya merupakan ujian di dunia ini yang mana ganjarannya pasti di akhirat kelak. Kita mungkin tidak sedar atau lupa, dalam kita sibuk mencari-cari kasih sayang yang lain, Allah SWT sangat menyayangi dan mengasihi hambaNya hinggakan yang kufur terhadapNya juga tetap diberi rezeki. Jika dengan manusia..tak dengar kata, mencari padah namanya!

Hidup bermatlamatkan keredhaan Allah SWT sangatlah indah. Jika kita gagal sekalipun dalam apa jua perkara dunia, jika tidak melakukan yang haram, tetap baik di mata Tuhan (Allah SWT). Di bawah mengingati Allah SWT, Dia memerintahkan agar tidak membunuh diri dan berputus asa kepadaNya. Dia juga mengarahkan kita mengasihi sesama sendiri dan utamanya, ibu bapa serta ahli keluarga. Nah, terjawablah kesemua soalan di atas sana. Mudah kan Islam? Selamat beramal dan sayangi nyawa anda, demi Yang Maha Besar. 

SEDANG KITA SIBUK TERCARI-CARI CINTA YANG TIDAK PASTI, KITA TERLUPA AKAN CINTA TUHAN YANG LEBIH HAKIKI


Tuesday, June 21, 2011

buat ADAM dan HAWA..

Buat sang adam yang mencari suci cinta si hawa..buat sang hawa yang menanti kasih cinta si adam..



Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih..hmm..

Untuk adam..

Andai mahu mencari hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Untuk hawa..

Andai mahu menerima cinta adam..
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pada aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah terlaksana tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..


Bukanlah penulis ini seorang sempurna sifat..penulisan ini hanyalah pengulangan kata dari seorang ustaz yang memberi ceramah di kolej penulis..kata ustaz itu..bukanlah semuanya seperti yang dikatakan di atas..tapi zaman sekarang ini..jika mahu mencari calon peneman hidup..biarlah cari yang betul-betul soleh dan solehah gaya hidupnya..

Sekadar renungan bersama..wallahua'lam..

Monday, June 20, 2011

PELUANG itu PELUANG..

Hmm..PELUANG..semua orang tahu apa yang dimaksudkan dengan peluang ni..tapi agak-agak pokcik tak ramai orang yang tahu untuk menggunakan peluang..termasuklah diri si penulis ni sendiri..hehe..

Kadang-kadang peluang tu dah ada depan mata..tapi kita saja-saja lepaskan..saja tak mahu ambil peluang..boleh dikatakan setiap hari pasti ada peluang untuk kita..tak percaya..??bukan ke hari yang baru itu merupakan satu peluang untuk kita meneruskan kehidupan..??bukan ke udara yang kita sedut ni merupakan satu peluang untuk kita terus bernyawa..??cuba bayangkan andai hari ini merupakan hari terakhir dalam hidup kita..cuba bayangkan andai ALLAH menghapuskan setiap partikel oksigen dalam bumi ini..agak-agaknya boleh tak kita meneruskan kehidupan..??tak boleh punya..

Sebenarnya pokcik cuma nak mengajak agar kita membuka minda kita seluasnya tentang apa yang dimaksudkan dengan PELUANG ni..pokcik merupakan golongan sederhana yang hidup di kejiranan  yang rata-rata penduduknya berstatus sederhana..tidak miskin tapi tidak juga kaya..syukur kawasan kejiranan pokcik cukup serba-serbi..apa yang pokcik nak cerita kat sini ialah tentang golongan remaja di kawasan ni..sepanjang cuti semester yang panjangnye sampai bulan September ni..pokcik diminta jadi guru tuition di surau tempat pokcik tinggal..mengajar dua subjek..math dan sejarah..tanpa ada sebarang bayaran pun..sebabnya pokcik pun bukannya cikgu..degreepun x de lagi..umur pun baru 19 tahun..huhu..
Pokcik kesian tengok diorang ni..tahun ni nak SPM..tapi boleh lagi buat diri tu relax semacam je..kadang-kadang datang..kadang-kadang tak..pokcik tak kesah pun..tak rugi apa-apa..tapi diorangla..bukan nak mengutuk atau nak mengata buruk..tinggal beberapa bulan lagi nak SPM masih ada diantara diorang yang tak tahu nak membundar..sedih..pokcik jugak duduk dalam satu kejiranan dengan diorang tapi seingat pokcik takdela sampai macam ni..bile tanya tentang cita-cita..ade yang ade..ade yg tak tahu nak jadi apa..skali tu pernah pokcik tanya pada diorang kalau-kalau SPM failed..jwpn diaorang senang je..”ape susah, dekat TESCO boleh je jadi cashier..”

Tak taulah nak ckp mcm mana..tp tula hakikatnya remaja sekolah skrg ni..orang melayu lagi..islam pula tu..bukanlah semua mcm tu..tp ada segelintir yg macam ni..pokcik yg baru lg tinggalkan zaman sekolah ni dulu punyala besar cita-cita..nak jadi doctor..haha..tp sayang..result tak cukup..sedih..memang sedih..tp hidup mesti diteruskan bukan..??alhamdulillah sekarang dlm bidang alam bina..dunia construction..haha..buat anda-anda yang masih di alam persekolahan..gunakan waktu disekolah tu sebaiknya untuk belajar..kalau tak menyesal nanti..percayalah..

Dulu pokcik sekolah kat salah sebuah sekolah asrama penuh yang belambak kat Malaysia ni..apa yang pokcik perasan..kebanyakan pelajar yang dpt belajar di sekolah asrama penuh tak kiralah SBP atau MRSM..mesti matlamat mereka sama ada ‘medic’ atau ‘engineering’..bukanlah semua tapi kebanyakan..termasuklah pokcik satu ketika dulu..huhu..tp sekarang ni baru pokcik terfikir..kalau dah ramai sangat orang yang dari SBP atau MRSM yang jadi doctor dan engineer..dan katakanlah pokcik jugak bakal menjadi doctor..so apa kelebihan yang pokcik ada..??pokcik pun doctor..kawan pokcik pun doctor..nothing special in me..betul tak..??peluang tetap peluang..bukannya dalam dunia ni cuma dua bidang tu yang ada..belambak lagi..kita saja yang kena tahu mcm mana nak gunakan peluang dlm bidang-bidang yang lain yang sama saja hebatnya..kalaupun result SPM tak seperti yang kita harapkan..jangan risau..masih banyak lagi peluang lain yg menanti..Cuma bile dh ada dlm peluang tu..usahala sungguh-sungguh..ingat balik betapa susahnya korang nk dptkn peluang tu..hmm..

Pada anda-anda yang masih bersekolah..hari ni kalau dpt semua A dlm SPM tp tak de degree dlm tangan jgn mimpi nk dpt kerja elok.. so belajar betul-betul..lupakan kejap je pasal menda-menda lain..terutama sekali cinta..senang cakap cinta monyet..haha..nanti korang dah dpt tmpt kat U..amik ko..belambak awek-awek cun depan korang..bersepah lelaki macho..so relax ar..zaman sekolah..sekolah je..jgn fikir mende lain..takut menyesal je nnt..mcm pokcik..haha..SPM ntah ke mana..awek ntah ke mana..buat brader-brader dan akak-akak kat university plak..hari ni dah ramai sgt orang yang ade ijazah dan tak de kerja..betul tak..??so jgn takut nk terjun ke bidang lain sebelum kita dapat apa yg kita nak..contohnya..jgn malu nk meniaga kat pasar malam walaupun kita ni sebenarnya student U yg dah ade degree..chill..hidup kalau tak de duit susa ar..takkan selama-lamanya nk harap duit parents..betul tak..??manela tau asalnya pemegang degree architecture last-last jadi tauke frozen food or tauke restoran..pastu ade cawangan bepuluh tempat..kaya tu bro..haha..rezeki jugak bukan..??

Semua tu contoh je..sebabnya memang ade orang yang mcm tu dlm dunia ni..yg pentingnya kita kena pandai gunakan peluang yang ade..kalaupun kite ni anak orang kaya..hidup mewah..tapi kite kena ingat yang kaya tu mak dan ayah kite..bukannya kite..seharusnya kite kene berusaha untuk menjadi lebih baik dari parents kita..sebabnya..dulu diorang belajar tak macam kita..diorang belajar dalam panas..air-cond tak de lagi..tp still boleh berjaya..skrg kita belajar selesa bukan main..nyaman je..sepatutnya kite mesti jd lebih hebat..betul tak..
Last skali..hidup dalam dunia ni..kite kena slalu ingat ALLAH..sebab ALLAH yang menentukan segalanya untuk diri kite..hari-hari pasti ada je dosa yang kita buat..gunelah peluang hidup tika ini yang masih diberikan kekuatan oleh ALLAH untuk kite terus bernafas dengan memohon ampun pada-NYA..sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun..selagi dunia belum kiamat selagi itulah pintu taubat itu masih dibuka..jangan tunggu kita tua..hari ini..mati itu tak kenal usia mungkin hari ini kita masih bernafas..mana tahu esok lusa kita sudah terbaring kaku..ingatlah ALLAH sentiasa..kerana PELUANG itu PELUANG..andai tiada lagi PELUANG dari TUHAN maka musnahlah segalanya..wallahua’lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...