salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Friday, February 11, 2011

Buatmu bernama WANITA..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Wanita??Siapa wanita ni??Hamba ALLAH lah..apa lagi..adui..WANITA..dikatakan adalah sebagai hiasan di dunia ini..tetapi sebaik-baik hiasan..seindah-indah hiasan adalah wanita solehah..wanita yang sentiasa menjaga adab tertib batasan agamanya tidak kiralah dalam bersosial atau apa-apa sahaja yang mereka lakukan..sesungguhnya wanita ini jauh berbeza dari lelaki..dari bermacam segi dan juga banyak pantang larangnya..




Andai anda seorang wanita amatilah apa yang ada disini..*lelaki pun boleh*..ilmu itu untuk semua..barangkali baik juga untuk para lelaki yang mahu berkahwin..hehe..shh..jgn gelak..serius balik..hmm..antara perkara-perkara yang ditekankan sebagai keperihatinan diri seorang muslimah..petikan ayat dibawah adalah dari surah an-Nur ayat 31..




Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


1.Bulu kening 

Menurut Imam al-Bukhari, "Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)." 
[Riwayat Abu Daud dalam Fathil Bari]


Hari ni kita lihat berapa ramai wanita yang tak cukur bulu kening??daripada budak kecil sampailah orang tua..fulamak..tirus je bulu kening diorang..

2. Kaki (tumit kaki) 

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." 
[Surah an-Nur, ayat 31] 

*Jangan menampakkan kaki 
*Jangan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki 


Di IPTA ramai je pelajar perempuan pegi kelas pakai selipar..adeh..sakit mato pakcik..

3. Wangian 

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." 
[Riwayat Nasa’i, Ibnu Khuzaimah dan Hibban] 


Alhamdulillah..nasib baik pakcik ni sensitib dengan perfume perempuan..mesti bersin punya kalau terbau..

4. Dada



"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." 
[Surah an-Nur, ayat 31] 


Siapa kata tak de dalil yang suruh perempuan pakai tudung labuh??hari ni..memang ramai yang pakai tudung..tapi macam tak cukup syarat je pula..huhu..

5. Gigi 

"Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." 
[Riwayat At-Thabrani] 

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." 
[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Kalau pakai pendakap gigi macam mana pula??niatkan untuk memperelokkan wajah dari dibenci orang..semoga sillaturrahim dapat dibentuk..kalau dah teruk sangat macam Halimah Jongang tu siapa pula nak dekat??

6. Muka dan leher 





Maksudnya: Dan hendaklah kamu (wanita) tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). [Surah al-Ahzab, ayat 33]

*Jangan bersolek (make-up) 
*Menurut Maqatil, jangan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliah 

7. Muka dan Tangan 

“Asma’ Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah “Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.”” 
[Riwayat Muslim dan Bukhari] 

8. Sentuhan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." 
[Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi]


Hari ni..laki dan perempuan berpelukan macam tak de pape je..baik yang perempuannya pakai tudung atau tak..sama sahaja..

9. Mata 

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka." 
[Surah an-Nur, ayat 31] 

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan." 
[Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi]


Kepada lelaki..kalau dah tengok perempuan cantik buat kali pertama tu di kira rezeki..kali kedua tu dah bedosa..hmm..cam tu..masa time pertama tu..bukak mate besar-besar jangan kelip-kelip..hehe..sekadar melawak je..


10. Mulut (suara) 

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan- perkataan yang baik." 
[Surah al-Ahzab, ayat 32] 

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." 
[Riwayat Ibnu Majah] 


Hari ni berapa banyak lagu yang duk dalam mp3 kita yang penyanyinya perempuan..cepat-cepat delete..

11. Kemaluan 

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (daripada berzina)." 
[Surah an-Nur, ayat 31] 

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (daripada berzina) dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." 
[Riwayat Al-Bazzar]

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." 
[Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah]

12. Pakaian 



"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." 
[Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah]

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." 
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

*Jangan berpakaian tipis/jarang 
*Jangan berpakaian ketat/membentuk 
*Jangan berpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu 





Maksudnya: Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
[Surah al-Ahzab, ayat 59] 

13. Rambut 

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka yang di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
[Riwayat Bukhari dan Muslim ]


Hari ni kadang-kadang ternampak rambut blonde cam minah eropah mane entah..pusing depan hidung kemek je macam orang melayu..aduhai wanita zaman ini..


Hmm..kan comel je adik kat sebelah ni pakai tudung..huhu..


















Wallahua'lam

1 comment:

  1. salam...xsempat nak baca habis sbb tgah rushing...xpe aq follow private,bole ek..

    nazihah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...