salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Sunday, February 13, 2011

PERFECTIONIST..kebaikan atau kemudaratan..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Perfectionist..itu orang kampung pokcik yang cakap..dalam bahasa Melayu..KESEMPURNAAN..dalam topik ini pokcik nak membincangkan tentang orang yang terlampau mementingkan kesempurnaan..zahirnya seperti yang kita ketahui tiada manusia yang lahir di muka bumi ini diiringi dengan kesmpurnaan..lengkap serba-serbi..sesungguhnya hanya ALLAH yang Maha sempurna..

Ya..tiada manusia yang dilahirkan sempurna..tetapi ALLAH telah menjadikan manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian..syukur ALLAH telah menjadikan kita sebagai manusia..hari ini..ada diantara kita yang terlalu mementingkan kesempurnaan..pada pokcik..kesempurnaan ini sangat penting namun dari sudut pandangan yang lain pokcik melihat perfectionist ini sebagaai satu kemudaratan..pada diri mahupun orang sekeliling..

Menyelusuri beberapa kajian yang telah dijalankan terhadap golongan perfectionist..mereka ini sebenarnya mempunyai beberapa sifat-sifat positif yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian..khusunya ketika di alam pembelajaran ataupun alam kerjaya..antaranya..
  • Mempunyai daya fokus yang tinggi
  • Workaholic (kuat bekerja)
  • Teliti
  • Sukar untuk berpuas hati
  • Mahukan segalanya SEMPURNA!!
Menurut kajian juga..mereka yang mempunyai sifat perfectionist yang kritikal mempunyai beberapa masalah yang pada hakikatnya adalah norma-norma biasa dalam kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi ini..antaranya..
  • Takut untuk melakukan kesilapan
  • Sukar menerima pendapat orang lain
  • Sukar menerima kekecewaan
  • Keras kepala
  • Panas baran
  • Obses dengan diri
Pada pandangan pokcik..pada diri sendiri perfectionist sangat diperlukan..ya..pokcik rasa kita mesti ada perasaan untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna..sebagai seorang pelajar..kesempurnaan penting..misalnya seorang pelajar jurusan alam bina yang sentiasa ditimbunkan dengan projek-projek praktikal..kesempurnaan sangat penting..kalau tidak terpaksalah berjaga malam lagi menyiapkan projek..haha..seorang arkitek seharusnya perfectionist..andai design yang dikaryakan tidak sempurna..barangkali banggunan bakal runtuh..nauzubillah..bukan setakat arkitek sahaja malah begitu juga dengan karier-karier yang lain..

Seorang perfectionist sangat fobia akan kegagalan..mereka sangat bimbang andai apa yang mereka rancang tidak berjalan seperti apa yang dirancang..mereka sangat khuatir andai apa yang mereka bayangkan sebagai titik kejayaan tidak kesampaian..hakikatnya kejayaan itu adalah keberhasilan dari kegagalan..ahli sarjana pernah mengatakn bahawa tiada kejayaan yang datang tanpa adanya kegagalan..sesungguhnya kegagalan itu adalah cebisan-cebisan kecil milik kejayaan..seorang saintis yang mahu mencipta formula baru pasti akan melalui beberapa kegagalan eksperimen..malahan mungkin beribu eksperimen yang dilabel 'GAGAL'..Wright bersaudara gagal juga ketika cuba menerbangkan jentera terbang mereka buat kali pertama..mereka terus berusaha dan akhirnya berjaya juga bukan??

Pokcik pernah kenal dengan seorang yang berjiwa perfectionist..ya..masa zaman sekolah dia memang hebat..menyandang pelbagai jawatan tinggi-tinggi..semua orang kagum..tapi bila memasuki zaman universiti dia kalah dlm pilihanraya kepimpinan mahasiswa universiti..kesannya..jiwanya terlalu menderita..kesian..kerana terlalu obses dengan kesempurnaan diri..tidak boleh menerima kekecewaan..akhirnya pelajaran entah ke mana..kini dia baru kembali menjadi pelajar..kolej swasta selepas gagal dalam peperiksaan semester lepas..semoga dia dirahmati..

Di alam persekolahan..pokcik pernah menjadi pemimpin pelajar..huhu..bukan nak bangga..cuma sebagai titipan kenangan dan pengajaran..biasalah..mestilah nak kena ada laporan dan sebagainya..setiap hujung minggu setiap ketua biro bawah pokcik mesti hantar laporan mereka..pada awalnya pokcik memang perfectionist..kalau ada laporan yang tak mengikut apa yang pokcik nak..pokcik reject saja..tapi pokcik dapat belajar satu perkara..dalam kepimpinan tak semua orang boleh memahami kita..seharusnya seorang pemimpin mesti memahami anak-anak buahnya..tetapi bukan mengikut telunjuk..ketua tetap ketua cuma harus lebih linear dengan keadaan..zaman sekolah..penuh dengan tugasan dan pelajaran..hanya secebis waktu yang ada untuk membuat laporan..pertengahan sesi pokcik terima sahaja hasil kerja mereka kalau adapun yang kurang pokcik minta mereka betulkan..bukannya tolak mentah-mentah..

Kalau seorang pemimpin masih tegar dengan sikap perfectionist yang sangat melampau..barangkali akan hilang anak-anak buah kalau mereka tidak mampu lagi menahan kerenah perfectionist itu..alih-alih kerja itu pemimpin sendiri yang kena buat..haha..senangnya..perfectionist ini penting tapi pandai-pandailah kita untuk mengawalnya..kerja berjalan lancar..orang pun suka..tiada siapa yang membenci..

Seorang optimis akan mengatakan bahawa air ini diisi separuh..manakala seorang pasimis akan mengatakan bahawa air ini telah diminum separuh..perfectionist??dia tidak akan mengatakan kedua-duanya tetapi akan bertanya kembali.."Kenapa tak diisi penuh atau diminum semuanya"
















Wallahua'lam..

1 comment:

  1. ohhh aku hanya makhluk pesimis. PERFECTIONIST sgt selfish, buat apa sja utk jd perfect dan tinggalkan ssiapa sj yg bole mncacatkan ksempurnaan dia. hahah aq komen je, jgn amek siyes ek. biasalah org psimis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...