salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Tuesday, February 28, 2012

Awak SAYANG saya..??


Awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Awak selalu nak keluar date dengan saya..
Bila saya nak ajak kawan or adik saya..
Awak mesti marah..

Tapi awak tahukan..??
Kita dilarang berdua-duaan..
Kerana yang ketiga itu adalah syaitan..



Awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Setiap kali saya jumpa awak..
Awak mesti nak pegang tangan or jari kelingking saya..
Awak marah bila saya kata saya taknak..

Tapi awak tahukan..??
Kita dilarang bersentuhan apabila berbeza jantina..
Kerana itu jauh lebih hina dari menyentuh kulit khinzir..



Awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Setiap kali nak berjumpa dgn awak..
Awak mesti suruh saya pakai baju branded-branded..
Awak bengang kalau saya cuma pakai baju biasa-biasa..

Tapi awak tahukan..??
Kita dilarang untuk berhias berlebih-lebihan..
Khuatir merosakkan iman mata yang memandangnya dan diri yang memakai..

Awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Awak mesti call saya setiap malam..
Awak kata awak rindu..
Awak tak boleh tidur kalau tak dengar suara saya..

Tapi awak tahukan..??
Dari suara kita boleh menjadi zina pada hati..
Iman dalam diri juga boleh rosak..




Betul ke awak SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Awak tahu kan..
Semua yang kita buat selama ni..
Hanya mendatangkan dosa..
Cuma mendekatkan diri pada maksiat..

Siries awak betul-betul SAYANG saya..??
Tapi kenapa awak buat saya macam ni..??!!

Saya selalu tanya awak macam ni setiap kali kita berpisah di stesyen LRT..
Betul ke awak sayangkan saya..??
Betul ke awak nak jadikan saya teman hidup awak..??

Tapi jawapan awak mesti sama..
Saya sayang sangat kat awak..
Cuma saya belum bersedia untuk jadikan awak teman hidup saya..

Saya selalu kecewa dengan jawapan awak..
Seolah-olah awak cuma nak permainkan saya..



Tapi..
Kalau betul awak SAYANG saya..
Awak sediakanlah diri awak dulu..
Awak pastikan cinta dan sayang awak pada DIA dan NABI kita..
 Jauh lebih tinggi dari cinta awak pada saya..



Bila tiba waktunya..
Kita aturkan pertemuan dua family..
Saya tak nak bila saya jadi teman awak..
Diri saya tak sempurna di mata DIA juga di mata awak..

Awak..
Maafkan saya..
Saya nak jaga iman saya dulu..
Saya nak cari cinta DIA dulu..
Saya harap awak pun sama..




Kata ALLAH..

Lazimnya perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka yang baik itu adalah bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang yang jahat mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan dari Allah dan pengurniaan yang mulia..


(AN-NUUR : 26)


Buat diri penulis dan juga para pembaca..
PEACE no WAR..!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...