salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Friday, August 26, 2011

Kenapa Kau..?? Bukan Ke..??


Benarkah solat kau itu kerana ALLAH..??
Kenapa kau solat..??

Solat tu kan wajib..sebab tu la aku solat..

Bukan ke kau takut ayah kau rotan kau bila kau tak solat..??
Bukan ke kau nak orang puji kau budak surau..??
Bukan ke kau nak uncle-uncle dan aunty-aunty memandang kau sebagai calon menantu yang baik..??




Adakah puasa kau itu hanya mengundang kantuk..??


Kenapa kau puasa..??

Puasa tu kan wajib..sebab tu la aku puasa..

Bukan ke kau dah janjikan puan mama duit raya RM100 kalau kau puasa penuh..??
Bukan ke kau nak kuruskan badan kau..??
Bukan ke kau nak save duit belanja untuk sebuah iPhone 4 atau Samsung Galaxsy S II..??




Adakah benar kau ikhlas bersedekah..??


Kenapa kau sedekah..??

Sedekah tu kan sunat..sebab tu la aku sedekah..

Bukan ke kau nak menyaingi kawan kau yang bersedekah di depan kau..??
Bukan ke kau nak dilihat sebagai seorang yang dermawan..??
Bukan ke kau nak orang menghormati kau kerana kau suka bersedekah..??



Bukan kau mahu lebih ramai 'like' post sebegini..??



Kenapa kau menaip ayat-ayat islamik di status facebook kau..??

Dakwah tu kan sunnah nabi..sebab tu la aku buat macam tu..

Bukan ke kau nak dapat 'like' yang banyak..??
Bukan ke kau nak rakan-rakan kau tahu bahawa kau seorang yang mempelajari al-quran dan hadith..??
Bukan ke kau nak menambat hati si dia dengan menampakkan sifat keislaman kau..??




Bukan kau mahu dipuji rajin..??


Kenapa kau study sampai lewat malam..??

Belajar tu kan satu ibadah..sebab tu la aku belajar..

Bukan ke kau nak dipuji lecturer atas kerajinan kau..??
Bukan ke kau nak digelar 'star' oleh teman-teman sekursus kau..??
Bukan ke kau nak hidup senang pada masa akan datang..??




Sayangnya kau pada dia..??


Kenapa kau menyayangi dia..??

Sillaturrahim tu kan satu tuntutan..sebab tu la aku sayang dia..

Bukan ke kau berkawan dengan dia sebab kecantikan atau kekacakan dia..??
Bukan ke kau mahu dilihat sebagai kawan yang perihatin..??
Bukan ke kau mahu digelar kawan yang penyayang..??


KENAPA KAU TIDAK MELAKUKAN SEMUANYA KERANA ALLAH..!!


Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

"Sesiapa bersolah kerana hendak memperlihatkan kepada orang maka dia menjadi seorang yg menyekutukan Allah s.w.t, sesiapa yang berpuasa kerana hendak memperlihatkn kepada orang, dia juga menyekutukan Allah s.w.t dan sesiapa yg bersedekah kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada org, dia juga menyekutukan Allah s.w.t."

Sebuah lagi hadis dari Rasulullah s.a.w yang lebih menakutkan berbunyi: 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, diceritakan : Orang-orang berkelompok-kelompok dari Natil penduduk Syam berkata padanya : "Wahai Tuan, ceritakanlah kepadaku sebuah haditH yang engkau dengar dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam !". 


Ia berkata : "Ya, saya mendengar RasulullahShalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Sesungguhnya orang yang paling pertama diadili pada hari qiyamat adalah seseorang yang mati syahid, ia didatangkan dan ditanyakan ni'mat­-ni'matnya, lalu ia mengakuinya.  

Dia berfirman : "Apakah yang kamu amalkan di dunia ? ". Ia menjawab : "Saya berperang sampai mati syahid".  

Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan itu telah dikatakan".  

Kemudian ia diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sehingga ia dilemparkan kedalam neraka.  

Seorang yang memperlajari Ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Qur'an di­datangkan. Nikmat-nikmatnya, ditanyakan dan ia mengakuinya. 

Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?".  Ia menjawab : "Saya mempelajari Ilmu, mengajarkannya, dan saya membaca Qur'an karena-Mu". 

Dia berfirman : "Kamu berdusta, karena kamu mempelajari Ilmu agar dikatakan pandai dan kamu membaca Al Qur'an agar dikatakan sebagai qari', dan itu semua telah diucapkan" 

Kemudian diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sampai dicampakkan kedalam neraka 

Dan seorang yang diberi kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai macam seluruh harta didatangkan dan ditanyakan ni'mat-ni'matnya lalu ia mengakuinya.  

Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?" Ia menjawab : "Saya tidak meninggalkan jalan yang mana engkau senang untuk di infakkannya (harta) melainkan saya menginfakkannya karena-Mu".  

Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu kerjakan agar dikatakan sebagai dermawan, dan itu telah dikatakan" 

Ia diperintahkan, lalu ditarik wajahnya kemudian dilemparkan kedalam neraka".  

(HaditH ditakhrij oleh Muslim). 

Sampai bilakah kau mahu syirik kepada Allah..??

Benar..bukan mudah untuk kita meraih keikhlasan..tetapi kita mesti berusaha dan mencuba sedaya mungkin untuk meraihnya.. 


P/S: Coretan ini mungkin mengandungi kenangan-kenangan zaman kanak-kanak dahulu..waktu mentah di mana apabila diancam atau diberi ganjaran barulah kita mahu melakukan sesuatu..tapi perlukah sikap itu diteruskan apabila kita sudah meningkat dewasa..??
Wallahua’lam..

Friday, August 19, 2011

ALHAMDULILLAH..!!



“Urgh! Lecehlah lecturer ni. Dia tak tahu ke aku dah tak tidur dekat tiga hari sebab nak siapkan model ni. Senang hati dia je suruh aku buat design baru.”
Bersyukurlah,
ALLAH itu masih memberi peluang untuk terus belajar dan menimba ilmu di dunia ini..

“Ala mama, semalam adik dah basuh pinggan dah. Suruhlah along pulak. Tak adillah macam ni.”
Bersyukurlah,
ALLAH itu masih menjaga diri dari berpeleseran di luar berkhayal dengan fenomena social dunia yang kejam..

“OMG! Baju aku dah tak muat dah.”
Bersyukurlah,
ALLAH itu masih membuka pintu rezeki agar terus dapat menikmati segala khasiat kebaikan dari makanan yang dihadam..

“Haish! Hari-hari nak kena kemas. Hari-hari nak kena sapu lantai. Penatlah macam ni.”
Bersyukurlah,
ALLAH itu masih memelihara diri dengan memurahkan rezeki untuk memiliki sebuah kediaman selesa..




“Alamak! Sesakla pula jalan KL ni. Aku ada meeting pukul 2 nanti.”
Bersyukurlah,
ALLAH itu telah memurahkan rezeki untuk memiliki sebuah kenderaan yang empuk tempat duduknya..




“Adui! Malasnya rasa. Asal hujung minggu je laundry. Asal laundry je hujung minggu.”
Bersyukurlah,
ALLAH itu telah memurahkan rezeki agar punya pakaian yang elok sempurna sedap mata memandang..

“Arrr! Memekakla mat rempit ni, aku nak makan pun tak senang.”
Bersyukurlah,
ALLAH masih lagi mengurniakan nikmat pendengaran buat melengkapkan kesempurnaan tubuh..


 “Tidak! Menyesal aku tengok kau cermin. Jerawat tumbuh lagi.”
Bersyukurlah,
ALLAH masih lagi memberikan penglihatan yang baik untuk menyempurnakan tubuh..




“Ouch! Siput punya jarum, dah berdarah dah jari aku.”
Bersyukurlah,
ALLAH masih lagi memberi deria rasa untuk menyempurnakan segala urat dalam system badan..




“Phew, penat gila memanjat tangga nak ke dewan kuliah ni.”
Bersyukurlah,
ALLAH memberi nikmat kaki untuk terus berjalan dengan segak di bumi ini..

“Adui! Sakitnya tangan aku angkat beras 30 kilo tadi.”
Bersyukurlah,
ALLAH masih memberi keupayaan untuk terus bekerja keras..

“Eiii! Busuknya longkang ni. Loya tekak aku.”
Bersyukurlah,
ALLAH masih lagi memberi peluang untuk terus bernafas di bumi milik DIA..



“Ish! Bisinigla jam loceng ni. Aku nak tidur lebih sikit pun tak boleh.”
Bersyukurlah,
ALLAH masih mengurniakan hidup untuk satu hari agar bertaubat atas dosa silam..



“Takpe! Sampai hati awak tolak cinta suci saya.”
Bersyukurlah,
ALLAH masih memelihara diri di usia muda dari terus mendekati jalan-jalan zina..

“Bajet! Sape la buat post macam ni.”
Bersyukurlah,
ALLAH masih memberi peluang untuk diri terus bermuhasabah diri..



“Kecoh betul!”
Bersyukurlah,
ALLAH masih memberi peluang untuk terus berkata-kata..

Peace no war..O-Ov

BERSYUKURLAH ATAS SEGALA UJIAN YANG DATANG MENIMPA..
WALAU KADANG-KALA RASA TERUS DIHIMPIT KESUSAHAN..
FIKIRLAH DISEBALIK KEPAYAHAN ITU..
BARANGKALI ADA HIKMAH YANG TERSELIT RAPI..
HANYA MAMPU DIPANDANG DENGAN MATA HATI..
MINTA DIRUNGKAI AGAR TERUS BERSYUKUR..
SYUKUR ATAS NIKMAT REZEKI YANG TELAH DIKURNIAKAN..

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Kerana itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir.” (Al-Insan: 2-3)



Ops..!!
Wait..!!
Don’t forget..!!
Say it loud ok..!!


ALHAMDULILLAH..!!
O-Ov

(creadit to ALLAHseeker)


Thursday, August 18, 2011

Susahnya COUPLE Ni..


Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Hindarilah zina kerana ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangkan umur, sedangkan yang diakhirat, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di dalam neraka."
(Hadith riwayat Baihaqi)

Couple..dalam bahasa melayunya disebut sebagai berpasangan..diusia remaja..memang diakui pelbagai perkara yang ingin kita cuba dan dirasai..ketika umur belasan tahun itulah jiwa setiap insan mahu merasa didampingi dengan penuh kasih sayang..ikuti dialog ringkas di bawah antara seorang pelajar tingkatan 5 dengan guru pendidikan islamnya..

Amar : Ustaz, apa hukum couple?

Ustaz Z : Pernah tak kamu dengar kata-kata ni "Jangan kamu hampiri zina"?

Amar : Pernah ustaz, tapi saya bukan tanya pasal zina. Saya tanya pasal couple.

Ustaz Z : Couple tu sebenarnya merupakan lorong yang membawa kamu ke arah zina.

Amar : Tapi, macam mana pula zina tu boleh berlaku kalau si lelaki langsung tidak pernah berjumpa dengan si perempuan? Kiranya si lelaki tu cuma kenal dengan si perempuan melalui telefon. Langsung tidak pernah berjumpa sepanjang-panjang mereka berhubungan.

Ustaz Z : Kamu kena faham, zina itu bukanlah sepertimana yang dikiaskan Rasulullah s.a.w. seperti batang celak yang masuk rapat pada mulut botol pewarna hitam semata-mata. Zina itu juga berlaku pada mata, tangan, mulut, telinga bahkan hati kamu juga mampu melakukan zina.

Amar : Macam mana tu ustaz?

Ustaz Z : Zina mata tu berlaku apabila kamu memandang sesuatu yang mampu mendatangkan berahi dalam jiwa. Zina tangan pula zina yang selalu kamu nampak di shopping mall tu apabila ada sepasang lelaki dan perempuan berpegang tangan. Itu zina tangan namanya. Zina mulut pula secara zahirnya adalah cumbuan. Tetapi secara tersiratnya ia adalah ungkapan-ungkapan puitis romantis yang diucapkan si kekasih pada kekasihnya. Secara tak langsung melemparkan ciuman indah bergelora pada gegendang telinga si kekasih. Itu dah jadi zina telinga. Last sekali zina hati. Zina ni yang paling licik sebabnya tidak berlaku bila berdua sahaja. Seorang diri pun boleh jadi. Bila kamu membayangkan kekasih kamu maka itu sudah dikira zina hati.

Amar : Tapi kalau mereka boleh tahan dengan semua tu macam mana pula ustaz? Mereka tak pernah berjumpa pun. Setakat intai-intai gambar kat muka buku. Itupun gambar kaku saja. Tak akan berahi la ustaz.

Ustaz Z : Kamu yakin kamu boleh tahan dengan godaan cinta esok bila kamu dah punya banyak masa terluang? Masa SPM ni ye la kamu tak fikir sangat sebab sibuk nak kejar straight A. Bila dah keluar nanti. Masa cuti panjang nanti. Takkan kamu tak nak jumpa dia? Mesti punya akan ada plan untuk berjumpa. Kononnya nak berkenalan dengan lebih dekat kan? Sedangkan Adam a.s. pun tergoda dengan pujuk rayu Hawa apatah lagi kita umat akhir zaman ni. Amar, nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa tiada yang lebih baik bagi lelaki dan perempuan yang bercinta selain nikah (Hadith Ibn Majah).

Amar : Tapi ustaz, bukan ke jodoh tu perlu kita cari?Kalau nak kawin mestilah kita nak kenal dulu siapa bakal isteri kita tu?Bukan macam tu ke ustaz?

Ustaz Z : Amar, jodoh pertemuan ajal maut tu semuanya datang dari Tuhan bahkan dah tersedia tertulis di lohul mahfuz lagi. Janganlah kamu risau pasal jodoh kamu. InsyaALLAH ada saja. Hanya waktu dan ketikanya sahaja yang perlu kamu tunggu. Kamu kena ingat, ALLAH berfirman dalam surah An-Nur ayat ke-26, "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.". Tengok, dalam Al-Quran sendiri dah dijanjikan wanita yang baik untuk seorang lelaki yang baik. So, tak payahlah kamu nak bersusah payah mencari-cari wanita untuk dijadikan isteri kamu nanti. Lebih baiknya kamu bercinta lepas kahwin. Lagi syok. Lagi romantik. Macam ustaz. Hahaha.

Amar : Macam mana pula kalau pasangan tu memang dah berjanji sehidup semati akan kahwin bila cukup masanya? Lagipun ustaz, cinta lepas kahwin macam payah la ustaz.

Ustaz Z : Apa yang payahnya? Ok, kalau pun betul mereka nak berkahwin, kamu agak-agak apa yang dipamerkan masa bercinta dulu akan kekal sampai selepas kahwin ke? Percayalah cakap ustaz, zaman bercinta ni zaman hipokrit. Masa tu la nak tunjuk segala kebaikan. Sanggup tunggu walau lambat dekat sejam. Bila dah kahwin silap-silap lambat lima minit dah tak boleh tahan dah. Tak ke tu jadi lagi payah? Nanti mulalah pasangan kamu ungkit kisah-kisah kebaikan anda pada dia dulu. Secara tak langsung kamu dah menipu pasangan kamu tu. Bercinta lepas kahwin memang susah tapi itukan jauh lebih selamat. Selepas kahwin barulah nak belajar hati budi masing-masing. Nanti tak adalah nak terkejut beruk macam orang bercinta sebelum kahwin. Dulu lain sekarang lain. Tapi, kenapa kamu beria-ria sangat tanya saya pasal perkara ni? Kamu couple ke?

Amar : Sebenarnya saya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Tapi saya tak pernah jumpa. Sekadar kenal di telefon. Itupun sebab kawan yang bagi nombor diea pada saya. 

Ustaz Z : Patutlah bukan main lagi kamu bertanya ya! Kamu suka dia?

Amar : Suka ustaz. Tapi bila saya dengar ustaz cakap tadi tetiba rasa tu dah berubah sikit.

Ustaz Z : Berapa lama dah kenal?

Amar : Masuk tahun ni dah dekat 3 tahun dah ustaz dan hubungan kami masih erat lagi.

Ustaz Z : Walaupun tak pernah berjumpa?

Amar : Ya.

Ustaz Z : Nak tak kalau ustaz bawa kamu jumpa dia dan terus kahwinkan kamu dengan dia sekarang ni?

Amar : Ish. Nantila dulu ustaz. Saya tak ready lagi nak pikul tanggungjawab seorang suami tu. Apa saya nak bagi dia makan nanti. SPM pun belum lepas lagi.

Ustaz Z : Tanggungjawab? Habis tu dosa yang kamu dah tanggung tiga tahun lepas macam mana pula? Apa pula kamu nak jawab depan ALLAH taala nanti?

Amar : Erm, macam mana saya nak buat ustaz? Saya dah jauh terlanjur bercinta dengan dia ustaz. Saya dah sayang sangat pada dia. Tak kan lah pulak saya nak tolak dia mentah-mentah saja macam tu.

Ustaz Z : Bertaubat Amar. Bertaubat saja caranya. Putuskan hubungan terlarang kamu dengan dia tu. Kesalkan segala yang telah berlaku dan apa yang telah kamu lakukan. Berdoalah supaya cinta kamu lepas ni hanya untuk ALLAH. Kamu tahu Amar, kalau kamu sayang ALLAH, insyaALLAH bila tiba masanya nanti kamu juga akan bertemu dengan si dia yang juga mencintai ALLAH. Cinta kerana ALLAH tu jauh lebih manis dari manisnya madu.

Amar : Tapi macam mana dengan dia?

Ustaz Z : Macam ni la. Apa kata kamu cakap baik-baik dengan dia. Lepas tu kamu cakap direct je dengan dia yang kamu akan datang lamar dia sepuluh tahun lagi. Minta dia tunggu kamu. InsyaALLAH kalau ada jodoh bertemu juga kamu dengan dia. Tapi kalau benda macam tu pun tak boleh. Kamu tinggalkan saja dia. Banyak lagi bunga-bunga suci kat luar sana.

Amar : InsyaALLAH ustaz, saya cuba.

Ustaz Z : Mesti buat.

Penulisan ini merupakan satu pengalaman sebenar yang dialami penulis sendiri pada usia hingusan di alam persekolahan kira-kira tiga tahun yang lalu..mungkin ada sedikit olahan-olahan tidak seberapa kreatif dari penulis..penulis yakin pasti ramai remaja-remaja di luar sana mengalami dan merasakan perkara yang sama seperti mana yang telah dirasai penulis..CINTA..

Syukur ALLAH itu maha pemberi kekuatan..susah..sangat susah untuk memutuskan sesuatu hubungan yang kiranya agak kuat dipegang sebelum ini..memang susah nak lupakan segala kenangan manis yang bermain di minda fikir semasa bersama menyemai benih-benih cinta tahun-tahun yang lalu..bahkan sehingga hari ini masih lagi kadang-kala memori indah itu datang menerpa..cepat-cepatlah menyibukkan diri dengan sesuatu yang lain..terbaik hanyalah Al-Quran..penulis percaya Al-Quran itulah penawar segala penyakit..termasuklah penyakit angau ni..sukar macam mana sekalipun kita mesti cuba..yakin pada janji ALLAH bahawa orang yang baik pasti untuk orang yang baik..

Percayalah pada cinta ALLAH..

Ya..cinta monyet antara seorang lelaki dan wanita..penulisan ini hanyalah sebuah coretan kenangan yang barangkali bisa mengubah persepsi para pembaca tentang cinta adam dan hawa seperti mana pengalaman ini telah mengetuk pintu hati penulis untuk mencari cinta yang paling suci yakni cinta ILLAHI..insyaALLAH..bila kita menyayangi TUHAN..maka TUHAN akan membuka segala pintu hati manusia yang lain agar mencintai kita.. 


Pastikan cinta utama itu pada ALLAH..

This quote has touched deeply in my heart..creadit to ALLAH SEEKER..

"Andai terlintas di fikiran mahu menyentuh kulit saudaramu yang berbeda jantina, bayangkan dirimu memegang bara api. Bukan api, tetapi hanya baranya sahaja. Andai dirimu merasakan tidak mampu untuk memegangnya walau hanya 10 saat, maka pendamkan sahaja hasrat mu itu. Sabarlah dalam penantian kekasih halalmu. Kerana kekasih itu semua milikmu bila kata nikah itu sudah dimeterai."

Tuesday, August 9, 2011

Hebatnya RAMADHAN Moden ini..




Bukan..post ni tidak langsung menyentuh tentang nuzul Al-Quran..


Bukan..post ni juga tidak langsung menyentuh isu-isu paranormal atau supernatural phenomenon tentang malam seribu bulan Lailatul Qadr..

Dan sememangnya tidak..post ni langsung tidak akan mengupas hal-hal keistimewaan, rahsia-rahsia mahupun kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang penuh rahmat ni..

Post ni hanya mahu merungkai segala misteri keajaiban yang berlaku pada bulan Ramadhan pada era modenasasi kini..dan fakta menarik keajaiban ini hanya berlaku pada zaman teknologi ini sahaja..tidak pada zaman arab jahiliyah dulu mahupun zaman tentera jepun menentang Malaya satu masa dulu..

Jom kita melihat sendiri keajaiban moden Ramadhan yang mulia..lapangkan minda anda..gunakan segala keupayaan imaginasi anda yang selama ini hanya terpendam pilu..bersedia..??

KEAJAIBAN MODEN RAMADHAN HARI INI

Satu..pada bulan inilah kerap kali anda akan terjumpa manusia yang suka mencaci maki terus insaf selepas menghamburkan segala sumpah seranah..contoh..

“P*k*mak betul..!! Tak nampak ke orang nak melintas ni..!! Astaghfirullahalazim..nasib baik aku puasa..”

(berlaku di hadapan mata sendiri di Bazaar Ramadhan Kg. Sg. Penchala)

Dua..pada bulan mulia inilah hampir semua umat islam di serata dunia mengetahui dengan accurate masuknya waktu solat fardhu maghrib dan subuh..sedangkan sebelum ni tak pernah ambil kisah pun..

Tiga..pada bulan ini hampir setiap hari jalan-jalan raya diuliti kesesakan yang luar biasa sekitar jam 6.00 petang hingga 8.00 malam..bukan kerana berlakunya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa para pelesit petang..tidak juga kerana adanya lori tangki rosak tersadai di tengah jalan..tetapi kerana banyaknya haiwan besi berkaki roda empat memenuhi bahu-bahu jalan kerana tuannya mahu menjejakkan kaki ke bazaar-bazaar berhampiran..

Empat..pada bulan ini hati para ibu dan isteri menjadi tenang melihat kelibat anak dan suami pulang awal ke rumah..kalau sebelum ini tika jarum pendek jam didinding sudah menghampiri angka 8 si anak masih lagi di gelanggan futsal menggelecek bola kononnya mahu jadi bintang..kalau sebelum ini segelintir para isteri hanya akan menatap wajah suami tersayang bila pagi menjelma..malam jangan mimi kerana suaminya sibuk bekerja hingga lewat malam..tapi tidak bulan ini..masing-masing pulan awal sebab nak isi perut buka puasa..

Lima..ramai manusia sanggup berhabis bagai sehingga RM30.00 atau lebih sehari membeli roti john..murtabak giant..tepung pelita paya jaras mahupun ayam golek tergolek-golek..hilang segala prinsip berjimat cermat pada bulan-bulan yang lain..tapi masih berkira untuk bersedekah kalaupun hanya seringgit setiap malam untuk di sumbat dalam tabung surau atau masjid saban malam bertarawikh..

Enam..ramai manusia membuang segala sifat malu tidak bertempatnya dan menjadi semakin kreatif pada bulan mulia ini..perhatikan di Bazaar Ramadhan..pasti ramai sahaja peniaga-peniaga baru muncul berdagang segala resepi enak-enak yang sebelum ini hanya terlipat disisip rapi di kemasan pelipatan otak..

Tujuh..ramai kaum muslim berbondong-bondong ke masjid dan surau berhampiran semata-mata untuk menunaikan sunat tarawikh berjemaah..yang pelik tu..isya’ still juga di rumah..aish..barangkali mereka juga mencari moreh agaknya..tak apa lah..yang penting surau tidak sunyi seperti hari-hari lain..

Lapan..kadar ekonomi negara membangun pesat terutamanya bila tibanya hari-hari terakhir bulan Ramadhan mulia ini..tak percaya..??cuba tanya tauke-tauke gedung seperti KAMDAR..Gulati’s Silk House..Jakel..Nagoya..umat manusia sanggup berpenat lelah berpusu di kawasan sempit sambil berlapar puasa..tapi tidak sanggup mengejar dan mencari lailatul Qadr..cuma sanggup mengejar lailatul Kamdar..

Sembilan..ramai umat islam sudah start nak jadi ustaz..nak bukti..??cube tengok dedinding rumah muka buku..pasti betimbun kata-kata hikmah yang muncul pada bulan mulia ni..syukur..harap bertahan hingga bulan-bulan yang lain..

Sepuluh..ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik mula membeli insuran untuk mulut mereka yang sebelum ini tak pernah diinsurankan sama ada insuran hayat atau kemalangan..walaupun mungkin hanya relevan pada waktu siang dan tidak lut di malam hari..apa pun ia tetap satu keajaiban bukan..??

Sebelas..perokok tegar mampu menahan diri dari menyedut segala asap-asap penyakit..kalau bulan-bulan lain pantang selang lima minit pasti sebatang akan dicucuh tanpa rasa rugi walau tahu ia hanya seolah-olah membakar segulung kertas not RM1..

Dua belas..ramai akak-akak..makcik-makcik..mahupun nenek-nenek yang dah pandai menyembunyikan segala rambut yang berjurai mahupun ketul-ketul badan yang berbonggol..dah pandai pakai longgar-longgar..besar-besar..tapi sayang..habis je bulan ni maka habislah tempoh penggunaan segala helai kain lebar besar itu..mana yang masih pakai merupakan satu yang baik..mana yang tiba-tiba lesap..tak tahulah macam mano den nak kobarkan tu..

Fuuuh..banyak jugak kan keajaiban yang berlaku bulan Ramadhan zaman moden ni..magic kan..??andai pernah anda alami..marilah sama-sama berfikir kembali..apa bulan ini harusnya kita berbaziran tanpa meningati merka yang susah..??apa bulan ini sahaja kita mentarbiah diri untuk berjemaah di surau..??apa bulan ini sahaja kita berhenti mengutuk..mengeji..??bagaimana di bulan-bulan lain..??

Hari Lahir Dari Kaca Mata Pokcik..


Tanggal 9 Ogos 1992..apa yang penting dengan tarikh ni ya..??tak de apa-apa yang penting pun..sebenarnya ni la tarikh lahir seorang hamba ALLAH yang bernama Umar bin Abd Aziz..bukan khalifah yang pernah menggoncang dunia tu..ni ha..inche Umar yang empunya blog Pokcik_Kampung yang serba serbi kurangnya ni..

“Hek eleh..ingatkan tarikh keramat pe la tadi.. kecoh betullah pokcik ni..”

Hehe..saje je sebenarnya tahun ini pokcik punya pandangan yang berbeza dengan tarikh kelahiran ni..kalau dulu..mungkin pokcik excited sesangat tahap sesungut bile tarikh 9 Ogos ni semakin hampir..dapat presents dari parents..hadiah dr adik2..wish dari member-member..n paling best birthday wish dari insan yg sentiasa di hati..huhu..

Pagi tadi pokcik online mukabuku yang sangat femes di abad ni..terima kasih kepada inche Mark Zackurberge..(betul ke ejaan name inche mukabuku tu..??entahla)..eh..mengarut dah ni..kat dedinding mukabuku profil pokcik penuh dengan ucapan tahniah sempena ulangtahun kelahiran yang ke-19 hamba ALLAH ni..rasa terharu sbb ramai sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan, kawan-kawan dan member-member yang ingat dgn pokcik..terima kasih semua atas memori anda dan tenaga anda menekan papan kekunci computer semata-mata nak wish pokcik..

clap..!!clap..!!clap..!! (tepuk tangan untuk anda)

Tapi..tiada lagi rase teruja dalam diri pokcik..tarikh kelahiran pokcik ni hanya menyedihkan diri pokcik je hari ni..kenapa ek..??

Baru-baru ni pokcik ada dengar tazkirah pendek oleh Ust Amal sempena bulan ramadhan el-mubaraq ni yang dianjurkan oleh pihak surau kawasan umah pokcik ni..kenal tak Ust Amal..??ala..inche ustaz yang slalu kuar kat Astro Oasis dlm segmen Indahnya Iman sepuluh minit sebelum waktu azan tu..(ye ke sepuluh minit..??tak sure la)..ok..antara isi tazkirah itu adalah..bulan ramadhan ni umpama kehidupan kita..ALLAH menyempurnakan  dengan satu malam yang punya kelebihan beribadah seribu bulan..banyak pendapat mengatakan malam itu letaknya pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan..dalam kata lain..kemanisan ramadhan itu lebih hebat bila masuknya saat-saat akhir..sebagai umat manusia kita dianjurkan ramai pihak untuk mempertingkatkan ibadah pada bulan puasa ni..lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir nanti..mesti dilipatganda segala amal-amal yang biasa kita buat sebelum tu..sebabnya kita tahu bahawa bulan mulia ini semakin hampir dengan garis penamat..kita juga tahu bahawa kita mungkin atau tidak mungkin berjumpa dengan ramadhan tahun hadapan..sama juga dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia..sepatutnya diakhir-akhir umur..kita mesti melipatgandakan amal kita kerana kita tahu hidup kita semakin hampir dengan kematian..

Pagi tadi selepas bersahur..pokcik duduk termenung kat beranda rumah menanti tibanya waktu subuh..pokcik hanya melihat kelam malam yang masih indah dihiasi bintik-bintik bintang bekerdipan..tetiba pokcik terfikir..”agak-agaknya hidup tak aku lagi untuk 10 tahun akan datang..??”

Persoalan yang membuatkan diri pokcik terasa nak menangis bila dikenangkan balik dosa-dosa pokcik yang tak tahu betapa banyaknya selama 19 tahun hidup di bumi milik ALLAH ni..sedangkan amal rasanya seciput pun tak sampai..dalam masa 19 tahun diri ni bernafas dengan udara ALLAH..tak tahu apa sumbangan yang dah pokcik berikan demi agama islam yang suci murni ni..kosong..tak de langsung walau satu usaha yang telah dilakukan..sedangkan pokcik tahu bahawa menyebarkan dakwah itu merupakan satu tanggungjawab setiap muslim..ya ALLAH ampunkan kelalaianku..

Pokcik pernah terbaca satu artikel tentang kematian..antara kuot owesome yang pokcik dapat ialah..”Perjalanan menuju kematian itu bermula setelah kita dikeluarkan dari rahim ibu kita”..teringatkan peristiwa yang berlaku seminggu sebelum berpuasa..empat kematian berlaku kurang dari satu hari di kawasan perumahan pokcik..yang paling tua berumur 60 tahun..sedang yang paling muda berumur 17 tahun..baru nak ambil SPM..ALLAH dah jemput dia kembali..pokcik terfikir..hari ni umur pokcik meningkat setahun lagi..dari angka 18 pada tahun 2010 naik satu anak tangga menjadi 19 pada tahun ni..bermakna setahun lagi jangka hayat pokcik dah habis..!!andai ada usia pada tahun hadapan umur pokcik akan menginjak 20 tahun..erti kata lain..tiada lagi istilah belasan tahun selepas ni..tahun inilah tahun terakhir diri ni bergelar remaja belasan tahun..tahun depan secara automatinya akan terpadam dari kamus hidup pokcik..kan..??pokcik tak tahu bila pokcik akan mati..bila ALLAH akan panggil pokcik mengadap DIA..takut..sebab diri ini tahu amalnya terlalu sedikit berbanding dosa..maha suci ALLAH aku memohon keampunan dari-MU ya TUHAN yang pemberi maaf..

Kenapa perlu kita bergembira dengan parti yang gilang gemilang gegak gempita kalau kita tahu bahawa umur kita semakin pendek..seharusnya kita lebih beramal mencari persediaan menanti mati yang bakal tiba tidak lewat walau sesaat..syukur Alhamdulillah kesedaran ni datang pada diri pokcik pada tahun ni..terima kasih ya ALLAH..kerana kau telah memanjangkan umurku sehingga saat dan tika ini..

Terima kasih buat inche-inche dan puan-puan yang telah mengucapkan salam hari kelahiran buat pokcik..diri ini sangat menghargai..kerana anda semua telah mengingatkan pokcik dengan kematian..ya..kematian yang semakin hampir..terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...