salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Thursday, August 4, 2011

Tolong Kak..Kami Dah Tak Tahan..

Erm..Sedapnyer..!!


Sementara menunggu bukanya semester baru sesi pembelajaran September nanti..pokcik buatla kerja part-time meniaga pasar malam dan Bazaar Ramadhan..saja suka-suki mencari pengalaman hidup..

Cerita ni sebenarnya dah lama pokcik nak kongsi tapi teragak-agak nak tulis..khuatir akan ada insan yang memandang hina pada diri pokcik..takut akan ada orang yang terasa hati mahupun terguris perasaan..apa-apa pun pokcik nak minta maaf dulu awal-awal kalau tulisan pokcik kali ini akan merobek jiwa raga sesetengah pihak..pokcik menulis kerana pokcik rasa pokcik ada tanggungjawab untuk menegur sesama kita sebagai saudara muslim..

Pokcik berkongsi gerai dengan sepupu(Abang J)..pokcik jual nasi ayam penyet..Abang J jual ice blended..biasala..kalau di mana-mana pasar malam pun selalunya ice blended boleh dikatakan tarikan yang agak memberangsangkan ..jadi ramailah orang yang beratur menunggu Abang J menyiapkan ice blended diorang..daripada budak kecik sampailah orang dewasa..

Satu hari..seminggu sebelum Ramadhan bermula..ada sorang awek cun datang menyapa kedai Abang J..waktu tu kami semua dah nak tutup gerai masing-masing..kira-kira waktu tu dah nak dekat pukul 10.30 malam..awek tu memang cun..muka cute je..putih melepak..tp slack..free hair..so pokcik tak pandangla sangat..pokcik pandang yang pakai tudung je..bajet tul pokcik ni..hehe..

Bukan tak pernah awek cun datang pasar malam ni..selalu je..tapi kali ni pelik sikit..pokcik perasan yang semua urusetia pasar malam pandang kat gerai Abang J ni je..mestilah tengok awek cun tu..sampaikan pakcik yang meniaga buah kat depan gerai pokcik ni pun terus tertancap memandang gerai Abang J..rasa macam masa tu berhenti sebabnya orang lain semua kaku memandang awek cun ni..Abang J pulak sibuk dengan pengisar dia..tapi dia asyik tertunduk je..merah-merah pulak tu muka dia..

Pokcik pun tolehla sekali lagi tengok awek tadi tu..tengok pakaian dia..takdela seksi sangat sebab awek tu pakai sweater..pokcik pun keluarla dari gerai sebab nak lipat pelapik meja..sekali tengok..tu dia..rupanya awek tu pakai skirt atas lutut..sikit je lagi nak nampak die punya sedalam..patutla pakcik-pakcik urusetia semua tak kelip-kelip mata pandang awek tu..pokcik yang time tu pakai kopiah pun terasa macam dah terbang dah kopiah tu..haha..rasenya kalau de la tok imam pakai serban mase tu..rasenye boleh terbang serban..hehe..gambaran je betapa seksa situasi tu..perang nafsu ooo..

Paling tak tahan..tetiba adala seorang ursetia ni datang..dia ni otai kawasan tu..dia jugak AJK surau kat kawasan tu..dia bantai cakap kat awek tu..

“Tolonglah kak..kami dah tak tahan..bailkla cepat..”

Masa ni barula awek tu perasaan yang sepanjang 5 minit 30 saat dia dah diperhatikan oleh semua mata-mata lelaki yang ada di situ..apa lagi..dengan segan silu merah padam mukanya..awek tu pun cepat-cepat bayar dan lari cari kereta dia..lepas je awek tu beredar kami semua tergelak besar..haha..mengusik sesame sendiri..semua gara-gara awek td..Abang J paling teruk kena..diorang kata Abang J saja buat ice blended awek tu lambat-lambat..supaya dapat usha awek tu lama-lama..haha..kesian sungguh..

Seksa sebenarnya bagi para lelaki melihat wanita yang tidak menutup aurat..kami bukannya malaikat yang jasadnya hanya ada iman semata-mata..jasad manusia ini punya nafsu..dan nafsu lelaki normal pastinya pada wanita..sebagai seorang lelaki..pokcik harap kaum wanita tolongla jaga pemakaian..ikutla cara islam..tak tahu..??cari post Buatmu Bernama WANITA dalam blog serba kekurangan ni..tak salah kalau kita nak berfesyen tapi tolongla pastikan fesyen itu mengikut adab dan syariat islamiah..janganla pulak kita yang menjadi lebih barat daripada mereka yang di negara barat itu sendiri..

Banyak lagi yang nak diceritakan sepanjang pokcik bekerja part time meniaga pasar malam ni..pokcik ringkaskanlah ya..harap kaum wanita dapat muhasabah balik..terutamanya mereka-mereka yang bergelar muslimah..kalau yang bukan islam tu..nak tegur macam mana..mungkin dalam agama mereka tiada hal yang berkaitan aurat..pokcik tak tahu..pokcik bukan pengkaji perbandingan agama..

Kalau ada rakan-rakan yang macam ni..tolongla tegur-tegur ya wahai kaum muslimah sekalian..


  • Ayu bertudung tapi sengaja menayangkan dada..berbaju ketat sehingga menampakkan ketul-ketul yang     sepatutnya dilindung..
  •  Ayu bertudung tapi mengenakan legging yang menampakkan bentuk kaki seluruhnya..
  • Ayu bertudung tapi memakai baju T lengan pendek..
  • Ayu bertudung tapi pakai kain yang terbelah bagai..nak tunjuk pada siapala agaknya ye..??

Ini yang bertudung..kalau yang tak bertudung tu..faham-faham je la ye..tak payahla pokcik nak tulis panjang-panjang..sebabnya..kan tadi pokcik dah bagi tahu..pokcik pandang yang pakai tudung saja..hehe..astagfirullahalazim..teruk betul pokcik ni..


Bukan niat pokcik nak menyindir atau mengenakan sesiapa..bukan niat untuk mengguris hati atau merobek perasaan..hanya sebagai peringatan buat saudari islamku..jangan sampai mereka yang bukan islam lebih baik cara pemakaiannya dari kita yang islam..jangan sampai anda pula yang menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki-lelaki durjana yang seterusnya..nauzubillah..minta jauh..

Waktu bulan Ramadhan kurangla sikit..yela..nak jaga la katakan..tapi jangan tak tahu..ada jugak yang degil tak insaf-insaf..masih dengan gaya seksi menggoda..terbelah sana berketul sini..kesianlah dengan kami peniaga Bazaar Ramadhan ni..lenguh leher asyik nak kena tunduk je..terpaksa beli Yoko-yoko bulan puasa ni..

Sebaiknya dalam bulan Ramadahan yang penuh dengan seribu satu hikmah ini..kita belajar-belajarlah mentransformasikan diri kita ke arah yang lebih baik..kalau sebelum ni tak reti tutup aurat..bulan mulia ni kita belajar tutup aurat..baik lelaki mahupun perempuan..kalau sebelum ni kita jarang-jarang ke masjid atau ke surau..bulan baik ni kita cuba-cubalah ke surau..niatkan dalam hati agar amal kita tu akan terus berkekalan hingga hujung hayat kita..insyaALLAH..

Akhir kalam dari pokcik..buat kaum wanita muslimah sekalian..tolonglah jaga adab pemakaian anda semasa membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan dan di mana-mana sahaja anda berada..kami peniaga-peniaga juga berpuasa dan bertarung dengan nafsu..tolonglah jangan cacatkan puasa kami..

Salam menyambut Ramadhan El-Mubaraq..

Wallahua’lam..

P/S : Berpeluh jgak menaip ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...