salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Tuesday, August 9, 2011

Hebatnya RAMADHAN Moden ini..




Bukan..post ni tidak langsung menyentuh tentang nuzul Al-Quran..


Bukan..post ni juga tidak langsung menyentuh isu-isu paranormal atau supernatural phenomenon tentang malam seribu bulan Lailatul Qadr..

Dan sememangnya tidak..post ni langsung tidak akan mengupas hal-hal keistimewaan, rahsia-rahsia mahupun kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang penuh rahmat ni..

Post ni hanya mahu merungkai segala misteri keajaiban yang berlaku pada bulan Ramadhan pada era modenasasi kini..dan fakta menarik keajaiban ini hanya berlaku pada zaman teknologi ini sahaja..tidak pada zaman arab jahiliyah dulu mahupun zaman tentera jepun menentang Malaya satu masa dulu..

Jom kita melihat sendiri keajaiban moden Ramadhan yang mulia..lapangkan minda anda..gunakan segala keupayaan imaginasi anda yang selama ini hanya terpendam pilu..bersedia..??

KEAJAIBAN MODEN RAMADHAN HARI INI

Satu..pada bulan inilah kerap kali anda akan terjumpa manusia yang suka mencaci maki terus insaf selepas menghamburkan segala sumpah seranah..contoh..

“P*k*mak betul..!! Tak nampak ke orang nak melintas ni..!! Astaghfirullahalazim..nasib baik aku puasa..”

(berlaku di hadapan mata sendiri di Bazaar Ramadhan Kg. Sg. Penchala)

Dua..pada bulan mulia inilah hampir semua umat islam di serata dunia mengetahui dengan accurate masuknya waktu solat fardhu maghrib dan subuh..sedangkan sebelum ni tak pernah ambil kisah pun..

Tiga..pada bulan ini hampir setiap hari jalan-jalan raya diuliti kesesakan yang luar biasa sekitar jam 6.00 petang hingga 8.00 malam..bukan kerana berlakunya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa para pelesit petang..tidak juga kerana adanya lori tangki rosak tersadai di tengah jalan..tetapi kerana banyaknya haiwan besi berkaki roda empat memenuhi bahu-bahu jalan kerana tuannya mahu menjejakkan kaki ke bazaar-bazaar berhampiran..

Empat..pada bulan ini hati para ibu dan isteri menjadi tenang melihat kelibat anak dan suami pulang awal ke rumah..kalau sebelum ini tika jarum pendek jam didinding sudah menghampiri angka 8 si anak masih lagi di gelanggan futsal menggelecek bola kononnya mahu jadi bintang..kalau sebelum ini segelintir para isteri hanya akan menatap wajah suami tersayang bila pagi menjelma..malam jangan mimi kerana suaminya sibuk bekerja hingga lewat malam..tapi tidak bulan ini..masing-masing pulan awal sebab nak isi perut buka puasa..

Lima..ramai manusia sanggup berhabis bagai sehingga RM30.00 atau lebih sehari membeli roti john..murtabak giant..tepung pelita paya jaras mahupun ayam golek tergolek-golek..hilang segala prinsip berjimat cermat pada bulan-bulan yang lain..tapi masih berkira untuk bersedekah kalaupun hanya seringgit setiap malam untuk di sumbat dalam tabung surau atau masjid saban malam bertarawikh..

Enam..ramai manusia membuang segala sifat malu tidak bertempatnya dan menjadi semakin kreatif pada bulan mulia ini..perhatikan di Bazaar Ramadhan..pasti ramai sahaja peniaga-peniaga baru muncul berdagang segala resepi enak-enak yang sebelum ini hanya terlipat disisip rapi di kemasan pelipatan otak..

Tujuh..ramai kaum muslim berbondong-bondong ke masjid dan surau berhampiran semata-mata untuk menunaikan sunat tarawikh berjemaah..yang pelik tu..isya’ still juga di rumah..aish..barangkali mereka juga mencari moreh agaknya..tak apa lah..yang penting surau tidak sunyi seperti hari-hari lain..

Lapan..kadar ekonomi negara membangun pesat terutamanya bila tibanya hari-hari terakhir bulan Ramadhan mulia ini..tak percaya..??cuba tanya tauke-tauke gedung seperti KAMDAR..Gulati’s Silk House..Jakel..Nagoya..umat manusia sanggup berpenat lelah berpusu di kawasan sempit sambil berlapar puasa..tapi tidak sanggup mengejar dan mencari lailatul Qadr..cuma sanggup mengejar lailatul Kamdar..

Sembilan..ramai umat islam sudah start nak jadi ustaz..nak bukti..??cube tengok dedinding rumah muka buku..pasti betimbun kata-kata hikmah yang muncul pada bulan mulia ni..syukur..harap bertahan hingga bulan-bulan yang lain..

Sepuluh..ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik mula membeli insuran untuk mulut mereka yang sebelum ini tak pernah diinsurankan sama ada insuran hayat atau kemalangan..walaupun mungkin hanya relevan pada waktu siang dan tidak lut di malam hari..apa pun ia tetap satu keajaiban bukan..??

Sebelas..perokok tegar mampu menahan diri dari menyedut segala asap-asap penyakit..kalau bulan-bulan lain pantang selang lima minit pasti sebatang akan dicucuh tanpa rasa rugi walau tahu ia hanya seolah-olah membakar segulung kertas not RM1..

Dua belas..ramai akak-akak..makcik-makcik..mahupun nenek-nenek yang dah pandai menyembunyikan segala rambut yang berjurai mahupun ketul-ketul badan yang berbonggol..dah pandai pakai longgar-longgar..besar-besar..tapi sayang..habis je bulan ni maka habislah tempoh penggunaan segala helai kain lebar besar itu..mana yang masih pakai merupakan satu yang baik..mana yang tiba-tiba lesap..tak tahulah macam mano den nak kobarkan tu..

Fuuuh..banyak jugak kan keajaiban yang berlaku bulan Ramadhan zaman moden ni..magic kan..??andai pernah anda alami..marilah sama-sama berfikir kembali..apa bulan ini harusnya kita berbaziran tanpa meningati merka yang susah..??apa bulan ini sahaja kita mentarbiah diri untuk berjemaah di surau..??apa bulan ini sahaja kita berhenti mengutuk..mengeji..??bagaimana di bulan-bulan lain..??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...