salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Saturday, August 4, 2012

Voucher RM5 Di Pagi Hari..



Alhamdulillah syukur atas nikmat-NYA hari ini sebagai umat islam kita berpuasa pada hari yang ke-15 dalam bulan Ramadhan yang dipenuhi seribu satu hikmah..rasanya dah lama juga pokcik tak mengetuk papan kekunci kotak canggih pokcik ni untuk entri dalam blog usang ni..bukan tak ada masa..belambak je..Cuma tak ada idea..maklumlah..pokcik dah tua..uhuk (batuk ganda 3)..haha..

Ok..kali ni pokcik nak cerita sikit apa yang pokcik dah lihat dan alami pada ramadhan ke-15 tahun 1433 hijrah ni..hari ni pepagi lagi ibunda tercinta pokcik dah ajak pergi pasar borong di selayang.. ’urgh..yek..busuk..bau ikan..!!’ 



Mesti ramai yang macam tu kan..??pokcik pun dulu macam tu juga..tapi sekarang ok dah..hehe..sebenarnya di tempat-tempat macam ni pun kita sebagai hamba ALLAH boleh belajar banyak benda..cubalah sekali-sekala turun pasar-pasar borong yang hanyir dengan ikan dan ayam..pokcik yakin banyak yang kita boleh lihat dan reflect dengan diri kita..

Cukup la tu di pasar borong Selayang..sekarang kita pergi supermarket pula..haha..lepas je balik dari pasar borong tu..ibunda tercinta ajak pokcik pergi salah satu supermarket kat Kuala Lumpur bandaraya Malaysia ni..*pokcik tak taula beliau nak beli apa lagi kat sini..sebabnya dekat pasar borong tadi dah dekat tiga jam dah pusing-pusing tempat tu..haish..kalau dah bershopping memang macam ni ya orang perempuan..??haha..bukan mengutuk ya..pokcik perli ibunda pokcik sorang je..mana-mana kaum hawa or kaum adam yang shopaholic sedang membaca jangan terasa pula ya..sesungguhnya tiadalah sempurna setiap insan itu melainkan baginda MUHAMMAD s.a.w..

Dalam supermarket tu..pokcik pun ikut je la ibunda pokcik..rupa-rupanya beliau cuma nak beli mixer untuk kek..ibunda dapat projek buat cup cake kat sekolah beliau..sebelum ni pokcik tolong godek tepung pakai tangan je..boleh la buat dalam 30 acuan..tapi kalau 300 nak godek pakai tangan..??phew..besar sebelah tangan pokcik nanti..tak muat baju raya..hehe..

Dah selesai testing bagai semua..tibalah masa untuk membayar..jengjeng..kat sini lah drama voucher RM5 ni bermula..haha..yang panjang berjela atas tadi tu trailer je baru..time nak bayar ni..macam biasa la kan..kena beratur dan bersabar..disebabkan supermarket ni cuma bagi baucer RM5 untuk setiap RM50 perbelanjaan dalam satu resit..maka disinilah kekecohan berlaku..hehe..tak klimaks langsung cerita ni.. adalah sorang hamba ALLAH ni..pokcik beratur belakang dia sambil menolak troli..dia beli barang banyak and dia tak sedar yang dia dah sekalikan semua barang tu dalam satu resit..kalau ikutkan dia boleh buat 4 resit..sebab semua barang yang dia bayar dekat RM 237.16..bukan ‘dekat’ tapi secara betulnya tulah nilainya..maknanya dia boleh dapat baucer sebanyak RM20..betul tak..??betulla tu..dulu pokcik A+ tau math mod..haha..astaghfirullah..bongkak pulak dah sekejap..maafkan pokcik ya..

Sambung balik cerita..kebetulan pula abang yang jaga kaunter tu reserve kerja je..abang tu dari department stor bukannya bahagian kaunter..pokcik sempat interbiu ke..??tak de la sampai interbiu abang tu..tapi dah ternampak kat name tag dia..siap tulis pekataan ‘reserve’ lagi..lgpun baju abang tu lain dari baju akak-akak kaunter yang lain..err..puas pokcik toleh kiri kanan..tapi tak jumpa abang-abang kaunter..yang nampak akak-akak je..hehe..so secara logiknya abang tu memang tak tahu menahu sangatlah selok belok di kaunter kan..??yang jadi kecohnya..hamba ALLAH tadi tak puas hati sebab dia cuma dapat baucer RM5..abang yang jaga kaunter ni pun gelabahla..dia suruh hamba ALLAH tu pergi kaunter customer service..tapi still hamba ALLAH tu duk marah-marah dia sebab bagi baucer RM5 je..2-3 minit lepas tu..datangla supervisor..supervisor tu semak bagaila computer kaunter tu..lepas tu tak memasal abang yang dekat kaunter tu kena marah pula lagi..

Ok la cutomers always right..tapi pokcik yang tengok ni sangat tak puas hati dengan cara supervisor tu marah abang kaunter tu..dahla abang tu reserve je..kira untungla juga abang tu nak tolong..betul tak..??so nak tak nak abang tu kena la kira balik satu persatu barang-barang hamba ALLAH tadi tu..paling tak tahan tu..pokcik punya barang yang sebiji je tu sepatutnya dah boleh price scan dah tp disebabkan hamba ALLAH yang urghhh td tu..terpaksalah pokcik tunggu..nak alih pergi kaunter lain semua dah penuh..dengan hati yang panas membara bagai disimbah minyak tanah ni..pokcik pun tunggu je la situ kan..ibunda pokcik dah bengang semacam dah..ye la..hamba ALLAH ni sorang je dah dekat 2 jam berdiri tegak kat situ..mana tak panas kan..??nasib baik puasa..ujian sungguh..

Dah settle dah..pokcik pun legala..yang tak bestnya hamba ALLAH tadi tu boleh je pergi tanpa menoleh minta maaf or cakap terima kasih..pokcik geleng kepala je la kan sambil tengok hamba ALLAH tadi pergi..tetiba adalah pula sorang uncle dari belakang jerit..’Could you please say sorry or thanks for what you have done..!! Such a sellfish person..!!’ Wow..memang gempakla uncle tu..mungkin hamba ALLAH td tu terasa agaknya maka dia pun patah balik ke kaunter dan cakap ‘sorry’..siap tunduk kepala lagi..dah macam orang Nippon da..

Second drama pokcik nampak kat kaunter sebelah masa tengah nak bayar..seorang aunty..mungkin nenek la rasenya..sebab keadaan dia nampak tua sangat..datang dengan cucu dia rasanya..beli barang banyak..nak jadi dramanya..ada satu barang nenek ni tersangkut dekat hujung platform barang..kalau tak silap rasenya tepung..ada sorang hamba ALLAH yang beratur tunggu giliran untuk bayar belakang nenek ni..dia boleh panggil..”kak..barang akak ni tersangkut..boleh tak akak tolong tarik..”masya-ALLAH..tak tau nak kata apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang ni..apalah salahnya kalau hamba ALLAH tu tolong tolakkan barang nenek tu kan..??so pokcik pun suruhlah adik pokcik tolong tarikkan sebab time tu pokcik nak bayar sangat dah..kalau tak pokcik yang pergi..hehe..

Tak tau la nak cakap macam mana..mungkin rakyat Malaysia ni kurang pendidikan sivik agaknya..tapi sebagai seorang muslim..bukankah kita mesti meghormati orang lain..??bukannya suka-suka boleh diherdik atau dihina..orang lain pun ada perasaan macam kita..kalau kita boleh berkecil hati apabila dimaki..apakah orang lain tak kan berkecil hati..??fikirkan..

So di bulan ramadhan yang mulia ni..banyak-banyaklah kita sebagai hamba ALLAH yang penuh cacat cela ni berbuat baik dengan sesama manusia..bukan ke ALLAH dah janji kan pahala yang berlipat kali ganda kepada manusia andai kata kita melakukan kebaikan sesama manusia..??tak cukup lagi ke ‘baucer ‘ yang ALLAH dah bagi pada kita..??kenapa kita tak nak rebut untuk alam sana..sedangkan RM5 di dunia sementara punyalah kita berkira..muhasabah diri insyaALLAH kebaikan bersama kita..:)

“Hablumminallah wa hablumminannass..!!”



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...