salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Thursday, February 23, 2012

Titis Kasih Surat Ibu..






Kertas ditangan terlepas dari genggaman..
Terasa masa terhenti seketika..
Tiada kata mampu terucap..
Hanya mulut yang bisa terbuka..
Cuma bicara sepi dari kalbu yang dalam..

"Maafkan aku ibu..aku berdosa padamu.."

Bercucuran jatuh mutiara-mutiara putih dari tubir mata..
Tanda penyesalan yang tidak bernoktah..

15 tahun dahulu..

"Saya benci ibu..!! Sebab ibu saya selalu dihina..!! Saya benci..!! Dahlah buta..!! Miskin pula..!! Ibu tak payah hantar saya ke asrama lagi..!! Saya malu..!! Saya takkan balik lagi rumah buruk ni..!!"

Ibunya hanya kaku mendiamkan diri..menitis air mata mengenangkan anak yang malu dengan tampilan dirinya yang cacat sebelah mata..anak mata kirinya mengikuti ekor bayang satu-satunya anak hasil benih cinta suci dia dan arwah suaminya..tiada kata penyesalan yang terucap..hanya redha..itulah satu-satunya anak yang disayangi..dalam hati dia berkata.."Nak..ibu janji takkan pergi ke sekolahmu lagi..pergilah..ibu redha.."

7 tahun kemudian..

"Congratulation sir..!!your wife and your twin were safe in the operation..praise to god.."

Dia hanya tersenyum girang..titik peluhnya berhasil selama ini..inilah saat paling bahagia buat dirinya..berjaya dalam pelajaran..satu-satunya anak 'yatim piatu' yang berjaya membuka syarikat gergasi diseantero dunia..sering juga gambarnya menghiasi kulit-kulit majalah ekonomi antarabangsa..berjaya keluar dari kepompong kemiskinan..menetap diluar negara..punya isteri yang cantik..kediaman yang indah permai..kini..dikurniakan pula dua kembar perempuan yang comel pada pandangan setiap yang melihat..

"Ya..!! Aku bahagia..!!"

3 tahun kemudian..

"Arrrr..!!"

Jeritan nyaring anak perempuannya mengejutkan dirinya dari lena petang..cepat kakinya melangkah..khuatir sesuatu yang buruk berlaku..

"Why dear..?? Whats wrong..??"
"Im scared..someone with one eye waiting at the door.."

'Ibu..!!' Hati kecilnya bersuara..kayuhan kakinya kuat menghentak lantai..tangan mencapai tombol pintu..ditarik kasar..merah padam mukanya tanda marah pada empunya diri yang menakutkan anaknya..lalu.......

"Berambus kau dari sini..!! Aku tak kenal kau..!!"
"Ini ibu nak.."
"Aku tiada mak yang buta..!! Mak aku dah lama mati..!!

'Pang..!!' Dengan kasar pintu dihempas..terkejut siibu tua..terasa hiba..tetapi dia bahagia melihat satu-satunya wajah yang dirindu saban waktu..

"Maafkan makcik nak..makcik tersalah alamat..makcik mintak diri dulu.."

Longlai langkah si wanita tua pabila dihina 'anak kesayangan' sendiri..tapi dia redha..langkahnya terus menuju destinasi seharusnya..'rumah buruk'..

5 tahun kemudian..

Dia terbang ke negara asalnya kerana ingin bertemu rakan-rakan seperjuangannya di sekolah berasrama penuhnya dahulu.."Majlis Reunion" sungguh gemilang..isteri dan anak-anaknya ditipu kerana ingin menghadiri majlis ini..katanya ada kerja luar lingkungan..semuanya gara-gara majlis reunion ini..

Terdetik dihatinya ingin melihat 'rumah buruk' yang pernah ditumpang tidur dan makan suatu ketika dahulu..sesampai disana..matanya terbeliak kaku..tiada apa yang tinggal..hanya kayu-kayan yang sudah menjadi abu..

"Encik..encik nak cari tuan rumah ni ke..??"
"Ya saya kawan anak tuan rumah ni..mana tuan rumah ni ya..??"
"Dia baru je meninggal..sebulan lepas..arwah ni yang mintak rumah ni dibakar..lagi satu..masa arwah ni hidup..arwah ada pesan pada saya dulu..kalau anak dia balik..mintak serahkan surat ni pada anaknya..kesian arwah..dah sampai ke liang lahad pun anaknya tak balik-balik menjenguk.."
"Mana suratnya pakcik..?? Nanti saya serahkan pada anak arwah..saya sepejabat dengan anak arwah.."
"Ni dia.. Pakcik minta diri dulu ya.."

Surat bertukar tangan..hanya senyuman tergaris dibibir..tiada air mata yang terkeluar..kerana memang itu yang diharapkan..'ibunya mati..!!'

Lembaran surat dibuka..

Buat anakku yang ibu sayangi..

Maafkan ibu kerana ibu telah menjadi beban hidup kekal buat anak ibu. Ibu tahu anak ibu ini pasti malu dengan penampilan ibu. Ibu sedar, ibu buta, ibu miskin, tapi dalam hati ibu, ibu sentiasa berdoa agar anak ibu dapat mencari kebahagiaan di dunia ini. Setelah anak ibu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Anak ibu tidak pernah pulang ke rumah. Ibu rindu sangat mahu melihat wajah tampan anak ibu. Lima tahun dahulu, ibu terbaca kisah kegemilangan anak ibu di muka depan akhbar. Ibu bangga sekali dengan kejayaan anak ibu. Ibu keluarkan semua duit simpanan ibu untuk pergi bertemu anak ibu. Ibu gembira bila ibu dapat lihat rumah anak ibu yang cantik. Ibu bahagia bila tahu anak ibu sudah mempunyai anak. Maafkan ibu kerana tanpa sengaja telah menakutkan cucu comel ibu.

Ibu dapat tahu dari seorang teman, katanya anak ibu akan pulang ke tanah air. Ibu gembira sangat mendengar berita itu. Tapi, maafkan ibu nak. Andai masa ketikanya anak ibu ini mahu mencari ibu, ibu mungkin sudah tiada di dunia ini. Penyakit tua ibu sudah melarat. Ketika menulis ini pun ibu sudah terlantar di atas katil. Maafkan ibu nak. Ibu tidak dapat bertemu dengan kamu lagi.

Sebelum ibu pergi, ibu mahu ceritakan sesuatu kepada kamu. Ketika usia kamu 2 tahun, kita sekeluarga ditimpa kemalangan kereta. Ayah pergi meninggalkan kita berdua. Ibu keguguran anak dalam kandungan. Anak ibu ini pula buta sebelah mata kerana tertusuk rangka besi kereta. Ibu tidak sanggup melihat anak ibu yang buta matanya. Ibu nekad menggantikan mata anak ibu yang hilang dengan mata kanan ibu. Ibu berharap anak ibu dapat melihat dunia ini dengan sepuas-puasnya. Terima kasih kerana telah menjaga mata ibu dengan sempurna. Ibu maafkan segala kekasaran anak ibu. Cuma satu ibu minta, doakan kebahagian ibu disana ya nak.

Dari ibu yang sentiasa merinduimu..

Terduduk kaku tanpa bicara tatkala perkataan terakhir usai dibaca...

*Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata..tiada berkaitan antara yang hidup dan juga yang mati..

Jangan sesekali kita menghina ibu / umi / mama / mak kita..dialah orang yang telah mengendong kita dalam perutnya selama 9 bulan..dialah yang membesarkan kita..hormatilah dia..sedang dalam al-quran menegahkan perkataan 'ah..!!' kepada ibu..sedang nabi s.a.w sendiri mengangkat darjat ibu 3 kali lebih tinggi dari seorang ayah..sedang syurga itu sering dikatakan dibawah telapak kaki ibu..apakah kita masih mahu membenci ibu sendiri..??

Kalau buah hati boleh call hari-hari..kenapa tidak ibu sendiri..??
Kalau pada kekasih boleh diucapkan 'I LOVE YOU'..kenapa tidak ibu sendiri..??


Kucuplah tangan tuanya selagi kita masih mampu..




Call her and say "I LOVE YOU MUM" 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...