salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Thursday, June 23, 2011

TEKNOLOGI Menambah Dosaku..

Kehidupan seharian seorang hamba bergelar manusia biasa pasti sering diselubungi dengan kabus dosa walaupun hanya sekecil zarah..ya..kehidupan manusia hari ini sentiasa dikelilingi dengan lingkaran2 dosa yang amat sukar dibolosi oleh sesiapa sahaja..apatah lagi pabila hidup kini beredar di era globalisasi yang serba canggih dan moden..tapi malang bagi kaum bernama manusia..semakin kemajuan itu dicapai semakin bertambah akar serabut pencetus dosa nestapa..



Chill bro..ape bende kau merepek dengan ayat bahasa melayu kuno ni..??trend la bro..makin bertambah tahun dalam calendar tu makin berkembanglah teknologi..lu ni selekeh ar..

Sabar dulu brader..katalah apapun yang anda mahu katakan..ini hanya pandangan saya sebagai pemerhati perubahan strata evolusi ciptaan manusia..mungkin anda fikir kemajuan itu sebagai satu perkara yang normal..saya juga begitu..tetapi pernah terfikir tentang pro dan kontras kemajuan zaman itu terhadap saham kita di akhirat..

Kalau dulu..tiada televisyen..nenek moyang kita begitu sukar memperoleh maklumat semasa..hari ini..hampir setiap rumah di dunia ni punya sekurang-kurangnya sebuah..kalau telebih kaya tu kadang2 sampai sepuluh pun ade..lebih pun de gak..haha..ok2..cukup2la guna ayat formal ni..rimas la pokcik..hehe..


Kau crite pusingla bro..pe kes ni..TV plak masuk..kunola kalau takde TV..bro..hari ni kalau takde TV, laptop, mp3, handphone..lu boleh kira kuno giler ar..

Pokcik tau..ala..pokcik pun ada gak benda2 tu semua..pokcik pun tak nak ketinggalan zaman..apa yang pokcik nak sampaikan di sini ialah dosa kita dengan adanya teknologi yang serba canggih ni..kalau tak tonton TV tu kira mustahillah..nak tak nak kita mesti jugak sebab hari ni TV menjadi wadah info semasa..tak payahlah kita nak pusing jauh2..contoh TV ni pun dah cukup dah..setahu pokcik la..aurat itu haram diperlihat dan dilihat..

Tapi hari ini..boleh kata hampir semua wartawan dan pembaca berita perempuan yang duduk menyampaikan maklumat tu free hair..bukan ke tu dah kira dosa..tak kisahlah kalau dosa kecil sekalipun tapi kalau dah setiap kali berita kat TV tu yang keluar baca beritanya perempuan..yang jadi wartawannya perempuan..dalam setahun dah berapa banyak agaknya dosa2 kecil yang dah terkumpul..?? fikir2lah sendiri ya..susah sangat tekan kalkulator..setahun ada 365 hari darab dengan berapa jam kita tengok berita..katakanlah sejam tu satu dosa..tak ke banyak jadinya..tu tak kira lagi kalau kita duduk depan TV tengok drama2, muvie2, iklan2, yang sentiasa menayangkan artis2 yang kurang sopan cara pemakaiannya..macam mana pula dengan facebook, twitter, myspace, flickr semua tu..??gambar2 profile yang free hair..??tak tahulah berapa banyak dah saham dosa dalam akaun akhirat kitakan..??


Itu baru bab aurat..macam mana pula dengan bab fitnah-memfitnah..??ramai betulkan pembunuh ekstremis zaman sekarang ni..??bukan ke ALLAH dah bagi tahu dalam Al-Quran..surah Al-Baqarah ayat 217..”fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.”..bahkan kita dianjurkan untuk memerangi mereka yang suka memfitnah ini..”Dan perangilah mereka itu sehingga tiada lagi fitnah..”(Al-Baqarah ayat 193)

Tekan saje keyboard laptop..berjuta fitnah boleh tersebar luas..tak kiralah di facebook, youtube dan macam2 lagi la laman sesawang yang kita boleh guna semata-mata untuk menyampaikan ayat2 fitnah itu..kalau dulu..sebelum ada telefon2 3G yang serba canggih ni..orang kalau nak buat onar fitnah ni kena bejalan rumah ke rumah menjaja cerita fitnah..hari ini..tak payah nak penat2 kaki berjalan..guna telefon saje..berjam-jam berbuih mulut pokpek2..tak penat apapun siap tu elok je habis calling siap masak dah makanan tengahari..sambil bercerita sambil masak..jimat masa..haish..tak tahulah..


Belum cerita lagi dengan fenomena sekarang yang melanda masyarakat Malaysia hari ni..buli, rogol, zina, buang anak..paling tak tahan yang buat benda2 macam tu bukannya orang tua..tetapi remaja..belasan tahun dah reti semua benda2 macam tu..mana diorang tahu..??parents bagi tahu..??mustahil..takkan ada parents yang nak bagi tahu anak diorang pasal hal dewasa ni kalau anak diorang tu SPM pun tak lepas lagi..akarnya teknologi..dunia siber yang tiada sempadan..kerana terlalu bebas..kerana tiadanya sempadan akhirnya ramai yang terbabas..hasilnya..terpampang kat dada akhbar..”REMAJA MELAHIRKAN ANAK DI TANDAS SEKOLAH”..”MAYAT BAYI DIPERCAYAI DIBUANG DARI TINGKAT 14 PANGSAPURI”..



Kerana kemajuan teknologi..budaya, etika, keperibadian sedikit sebanyak telah diubah mengikut kemajuan itu sendiri..tak salah kalau kita nak mengikuti perkembangan..tapi seharusnya kita tahu bawa diri kita..gunakan kemajuan teknologi dengan mengkaji lagi ilmu ALLAH..kegunaan secara total kebaikan teknologi itu untuk berdakwah..tak salah..malah dianjurkan..yela..hari ini..generasi ulat buku dah berkurang..generasi hari ni lebih selesa dengan ICT..segalanya dihujung jari..

Andai  kita seorang muslim..identiti muslim bukan sekadar pada nama..bukan sekadar pada keturunan..bukan sekadar pada ic..tapi seharusnya pada sanubari kita..pada jiwa kita..

Sekadar satu penyampaian..yang baik itu datangnya dari ALLAH manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri selaku hamba ALLAH yang lemah..sama2 lah kita fikir dan renungkan..moga tersirat dalm sanubari..sesungguhnya pintu keampunan ALLAH itu masi terbuka luas buat hambanya yang memohon ampun..

Wallahua’lam.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...