salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Wednesday, June 22, 2011

Sensasi Bunuh Diri..



Lagi berita...
Bunuh diri kematian kedua tertinggi di Malaysia (Utusan Malaysia)
PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini. Menurutnya, dalam laporan bertajuk Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia itu, kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara 9 hingga 12 kes bagi setiap 100,000 penduduk manakala tahun lalu pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang. "Dipercayai bilangan sebenar kes membabitkan bunuh diri di negara ini lebih tinggi daripada jumlah rasmi yang diberikan kerana kes-kes seumpama ini kurang dilaporkan...." bersambung di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm


MasyaAllah..kasihan mereka-mereka yg terpaksa lalui kehidupan begini. Bunuh diri semakin sensasi (mcm pelik pula guna perkataan ni) dalam kalangan masyarakat & termasuklah rakyat Malaysia.. Mengapa begini?? Tak ingatkah orang tersayang?? Mengapa tidak mendengar kata Tuhan?? Ke mana pergi matlamat hidup?? Cuba kita jawab soalan yang terakhir dulu. Ke mana pergi matlamat hidup?? Melihat berita yang pertama, apakah matlamat hidupnya untuk mencari cinta manusia?? Soal matlamat ini sangat penting. Dari awal lagi, seseorang itu selalu diajar agar menetapkan matlamat hidupnya sama ada oleh ibu bapa, guru, bahkan masyarakat (menjadi kaya??). Matlamat hidup bolehlah kita ertikan sebagai sebab seseorang itu hidup. Jika bukan kerana matlamat itu, semangat untuk hidup itu besar kemungkinan tiada. Mungkin kita boleh kata bahawa individu dalam berita pertama itu bermatlamatkan cinta si gadis dan setelah gagal mencapai matlamat, beliau kecewa dan hilang tujuan untuk hidup lalu menamatkannya sendiri. Dalam Islam, membunuh diri bermaksud menempah satu tiket khas ke neraka yakni yang pasti dan kekal. Firman Allah SWT:

"...Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (Surah An-Nisa', Ayat 29)

Dan dalam Hadis pula:

Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW, bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka,untuk selama-lamanya.” (Riwayat Muslim)

 "Weh, ko tak baca ke dalam Internet?? Aku google, ada orang kata Islam tak haramkan bunuh diri! Siap galakkan lagi.."

Sabar tuan/puan, kita perlu sedar bahawa orientalis (tak kira barat/timur) sentiasa berusaha untuk memutarbelitkan fakta dengan berpegang pada perbahasan yang tidak sah dan beretika. Kalau la betul halal, tidak mungkin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jemaah-jemaah ulama' tidak tahu? Sedangkan para ulama' seperti Imam Syafi'e dan Imam Abu Hanifah yang menghafal beribu-ribu hadis tidak pernah mengemukakan fatwa sedemikian, inikan pula mereka yang hanya membaca semuka dua tafsir dan hadis ingin mengatakan para ulama' jahil. Tidak sama sekali.. Kembali pula kepada matlamat. Apa matlamat hidup kita? Kalaulah untuk menjadi engineer, doktor, pakar komputer, jutawan dan billionwan (tiada dalam kamus ni rasanya..), mungkin sekali jika gagal mencapai matlamat-matlamat tersebut, anda akan bunuh diri. 


Samalah juga kes-kes putus cinta. Sanggup berkorbanlah bagai. Ini mungkin pengaruh novel dan drama yang mempamerkan sikap 'sanggup mati' demi kekasih.. Apapun, tetap tidak logik. Mengapa membunuh diri demi kekasih yang tidak mengasihi?? *bukannya dia akan jatuh cinta semula pun* Islam telah pun memberi penyelesaian lengkap akan isu ini:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu." (Surah Adz-Dzariaat, Ayat 56)

Sesungguhnya kita dijadikan semata-mata untuk menyembah dan beribadah kepadaNya. Menyembah di sini boleh membawa maksud berserah diri kepadaNya dan mentauhidkanNya, beriman denganNya.


Beribadah pula bukan sahaja dalam konteks solat dan puasa (dan yang berkaitan) sahaja. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan umum. Ibadah khusus ialah yg fardhu ain (cth: solat) dan fardhu kifayah (cth: uruskan jenazah). Ibadah umum pula ialah segala perbuatan harian (cth: belajar & tidur) yang diniatkan untuk beribadah atau kerana ALLAH.




Maka niat kita itu sangat penting. Buatlah apa-apa pun (yang baik la), janji niatlah kerana ALLAH dalam segala perkara. Ingatlah matlamat hidup kita..kerana ALLAH jua~ Pasti sukses! 



Renungkan, jika kita hidup kerana Allah SWT, bagaimana mungkin matlamat itu akan mencapai kegagalan? Mungkin jika kita sendiri yang tidak berpegang kepada matlamat tersebut? Allah SWT juga banyak memberi motivasi kepada hamba-hambaNya agar tidak berputus asa dan kuat berdepan dengan cabaran yang hanya merupakan ujian di dunia ini yang mana ganjarannya pasti di akhirat kelak. Kita mungkin tidak sedar atau lupa, dalam kita sibuk mencari-cari kasih sayang yang lain, Allah SWT sangat menyayangi dan mengasihi hambaNya hinggakan yang kufur terhadapNya juga tetap diberi rezeki. Jika dengan manusia..tak dengar kata, mencari padah namanya!

Hidup bermatlamatkan keredhaan Allah SWT sangatlah indah. Jika kita gagal sekalipun dalam apa jua perkara dunia, jika tidak melakukan yang haram, tetap baik di mata Tuhan (Allah SWT). Di bawah mengingati Allah SWT, Dia memerintahkan agar tidak membunuh diri dan berputus asa kepadaNya. Dia juga mengarahkan kita mengasihi sesama sendiri dan utamanya, ibu bapa serta ahli keluarga. Nah, terjawablah kesemua soalan di atas sana. Mudah kan Islam? Selamat beramal dan sayangi nyawa anda, demi Yang Maha Besar. 

SEDANG KITA SIBUK TERCARI-CARI CINTA YANG TIDAK PASTI, KITA TERLUPA AKAN CINTA TUHAN YANG LEBIH HAKIKI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...