salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Wednesday, February 9, 2011

SILLATURRAHIM..satu tuntutan..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lahi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah..usai solat subuh di surau kecil kk12 UM pagi tadi..hati ini tergerak ingin mengikuti tazkirah pendek yang diusahakan pelajar-pelajar RPKJ selama ini..daku tertarik dengan satu hadith yang telah diperdengarkan kepada kami..bicara SILLATURRAHIM..lantas menarik minat daku untuk menulis di sini dengan pembacaan yang lebih sedikit barangkali..




Sillaturrahim..bicara yang mudah adalah hubungan sesama manusia..*gambaran kucing diatas hanya sebagai hiasan*..tidak kiralah siapa manusia itu..keluarga mahupun sahabat-sahabat..asal namanya manusia sillaturrahim itu boleh terjalin..bahkan sillaturrahim itu satu kewajipan bagi umat manusia untuk menyambungnya..sepertimana firman ALLAH dalam surah Ash-Shuraa ayat 23..



Maksudnya: (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).(42:23)


Pertalian kerabat yang dimaksudkan disini adalah sillaturrahim yang menghubungkan satu saudara dengan saudara yang lain..barangkali ayat ini merujuk kepada sillaturrahim sesama islam..bagaimana pula dengan mereka yang bukan beragama islam??Maimun bin Mehran..antara nama-nama besar yang pernah mengharumkan Islam pernah berkata bahawa terdapat tiga perkara yang tidak membezakan muslim dengan kafir iaitu:
·         Siapa yang berjanji kepadanya maka harus ditepati baik kepada muslim atau kafir
·         Dan kepada keluargamu harus kau hubungi baik ia muslim atau kafir
·       Dan siapa memberi amanat kepadamu harus kau kembalikan kepadanya baik ia muslim atau kafir




Betapa pentingnya sillaturrahim bukan??hatta bukan seagama ia tetap penting..lihat gambar sebelah??bukankah mereka berbeza??hehe..    




Imam Bukhari merekodkan bahawa baginda Muhammad s.a.w. pernah bersabda..
”Sillaturrahim itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (sillaturrahim) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” 
"Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” 
Nah..kita lihat sendiri betapa pentingnya sillaturrahim itu..namun hari ini..situasi kini..apa yang dapat dilihat hanyalah lebih banyak hubungan sillaturrahim yang diputuskan..hanya kerana pertelagahan kecil barangkali..kita tidak bertegur sapa sesama kita..kadang-kala sampai ke mati kita tidak akan memaafkan kesalahan seseorang itu..katahuilah bahawa junjungan besar Muhammad s.a.w. pernah bersabda..
"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana perkelahian) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” (riwayat Imam al-Bukhari)
Dalam satu hadith yang lain dikatakan diantara dua orang yang bertelagah lebih dari tiga hari..sekiranya seorang daripada mereka memberikan salam..tetapi seorang lagi tidak menjawabnya..maka orang yang memberi salam itu terlepas dari dosa memutuskan sillaturrahim manakala yang seorang lagi terpaksa menanggungnya..dalam satu hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim..
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka.” 

Ngeri bukan??hanya tidak bertegur sapa lebih 3 hari..mati kita mungkin dihumban ke neraka..nauzubillah..mohon kita dijauhkan dari azab yang sebegitu..pada daku..biarlah orang membenci kita asal jangan kita yang membenci orang..maafkanlah segala dosa-dosa orang lain dan mula berfikir tentang dosa-dosa yang kita lakukan pada orang lain..pada hemat daku..barangkali ini lebih mulia..sebab itu kita dianjurkan bermuhasabah diri bukan??renung-renungkan..

Sillaturrahim itu penghubung kemesraan..bukankah bahagia pabila adanya kemesraan??tiada sengketa yang menyesak jiwa..

Peliharalah sillaturrahim di antara kita..mudah-mudahan kita peroleh pahala dari-Nya..TUHAN yang agung..



Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...