Beruntung seorang muslim yang punyai iman yang penuh di dada..ALLAH muliakan segala rezeki yang baik-baik untuknya..hanya dengan beramal..TUHAN menjanjikan rezeki yang mulia..namun berapa ramai yang mampu beramal dengan hati yang khusyuk, istiqamah, dan ikhlas dalam amalnya??fikir-fikirkan sendiri..
Ya..rezeki ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya..seperti mana yang dimaksudkan dalam ayat dibawah..
Sifat AR-Rahman (yang Maha Pemurah) itu sentiasa ada pada setiap hamba-hamba-Nya..tidak kiralah sama ada hamba itu seorang muslim atau sebaliknya..rezeki-Nya sentiasa melimpah ruah kepada sesiapa sahaja..namun ada ketikanya rezeki itu merupakan satu ujian untuk mereka sehingga kadang-kala mereka merasa takbur dengan kejayaan yang mereka capai..lupa pada diri..mudah menjadi kacang yang melupakan kulitnya..seharusnya kita bersyukur atas segala limpah rezeki yang telah DIA turunkan untuk kita seperti firmannya..
ALLAH menuntut kita bersyukur atas segala nikmat rezeki kurniaan-Nya..cukuplah sekadar ucapan hamdallah ke hadrat-Nya..insyaALLAH akan bertambah rezeki kita..mudah-mudahan..namun hari ini masih ada manusia yang menymbah selain ALLAH kerana mereka yakin bahawa sembahan mereka itulah yang akan memberikan rezeki kepada mereka..sedangkan ALLAH telah berfirman..
Nah..sudah terang lagi bersuluh bukan??hanya ALLAH yang mampu memberikan rezeki yang dikehendaki kepada kita..seharusnya kita sebagai manusia hamba-Nya harus terus minta padanya..mohon diperkenankan..bukannya pada kubur-kubur yang dikatakan karamah..bukannya pada bomoh-bomoh yang dikatakan hebat..ALLAH lah satu-satunya tempat kita berdoa..tetapi kita haru ingat..seharusnya kita berkongsi secebis rezeki yang telah ALLAH kurniakan kepada kita kepada insan lain..kerana itu adanya sedekah dan adanya zakat..agar kita sesama muslim dapat sama-sama merasa nikmatnya rezeki milik DIA..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment