salam..

Bacalah..

Bacalah dengan akal..bukan mata semata-mata..jangan terburu menghabiskan lembaran..tetapi tiada yang terselit dihati..biarlah lambat asalkan ada intipati yang difahami..moga apa yang tertulis dilembaran maya ini mampu membawa hidup dekat pada sang pencipta..sampaikan walaupun hanya satu ayat..moga ia tersebar dengan kebaikan..insyaALLAH..

Tuesday, February 8, 2011

MESIR..mula bergolak..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..




Maksudnya: Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman..(12:99)


Tanah Mesir yang dulunya merupakan tempatnya nabi Yusuf a.s. memerintah..yang dahulunya dijanjikan aman oleh nabi ALLAH Yusuf a.s..kini mula bergolak..kerana apa??tamak barangkali..kepentingan politik juga mungkin..daku bukanlah seorang yang mahir dalam berpolitik bahkan daku benci pada politik yang berlandaskan dunia semata-mata..kerana politik kita mampu jadi kaya bukan..kerana politik kita mampu mencipta nama..seharusnya politik itu berlandaskan konsep islam yang mementingkan hak bersama..


Kota piramid yang pernah menjadi lambang kebanggaan firaun suatu ketika dahulu..kini mula bergolak..kota yang telah melahirkan ramai ulama'-ulama' hebat ini sudah mula goyah duduk asalnya..kerana apa??pada pandangan daku..politik..tamak dengan harta dunia..peimpin yang mementingkan diri barangkali..bukanlah daku mahu mengutuk pemimpin terhormat ini..tapi realiti bukan..??




Menurut sumber dari rakan-rakanku yang belajar di sana..mereka mengatakan kondisi di sana sungguh daif..sedangkan disanalah letaknya orang terkaya di dunia ketika ini dengan aset harta 70 billion dollar US..bahkan pemimpin-pemimpin mereka semuanya jutawan-jutawan belaka..sumber minyak yang dianugerah TUHAN hanya menyelusuri poket-poket londeh mereka barangkali..londeh kerana berkepuknya rezeki milik rakyat di dalam sana..sedang rakyat sendiri haru-biru berkerja keras untuk pemimpin..mengemis tanpa arah yang tetap untuk sesuap rezeki..



Orang Islam sesama sendiri mula bertelagah mencari busuk salah umat sendiri..sedangkan mata-mata kafir laknatullah sudah mula mengintai peluang memecahkan umat Islam yang digeruni suatu ketika dahulu..pemimpin sendiri seharusnya endah dengan situasi ini..barangkali rakyat sudah jelek dengan tingkah pemimpin mereka..mana kita tahu bukan??mana mungkin hampir keseluruh rakyatnya berpeleseran di jalanan mengadakan protes..rela mengancam nyawa sendiri agar pemimipin tertinggi turun dari kerusi empuk kerajaan..pemimpinnya??tetap berdegil..yalah..mana mungkin mahu terlepas dari nikmatnya kekayaan dunia..barangkali belum cukup untuknya..


Ya..memang negara Islam..pemimpinnya juga Islam..betul atau tidak Islamnya itu daku tidak tahu..bukan daku mencemuh sesama umat..tetapi hanya sebagai ikitibar..agar tiada lagi Kamal al-Tartuk yang matinya tidak diterima bumi kerana perbuatannya..menindas agama sendiri..menindas rakyat sendiri..


Mungkin daku salah dalam persepsi ini..tetapi ini hanyalah kekhuatiran daku..adakah akan hilangnya lagi kota-kota ilmu milik Islam selepas ini..selepas hancurnya kota Baghdad yan menyimpan jtaan ilmu-ilmu mili Islam..dibedil bom-bom kafir yang sekian lama bercita-cita menghancurkan provinsi ketamadunan milik Islam..


Fikirkan sendiri..selama hari ini..berapa ramai pelajar Malaysia sendiri yang mengankat diri berkelana disana untuk mencari ilmu??ribuan bukan..nah sekarang ini..hampir semuanya sudah pulang kembali ke tanah air tercinta kerana pergolakan yang berlaku..pusat-pusat ilmi ditutup semahunya 6 bulan akan dibuka semula..andai terus ditutup tanpa terbuka??apakah nasib pelajar-pelajar ini..pelajar Islam yang menimba ilmu Islam..mana mereka akan menghala??akhirnya mungkin terkandas..kasihan..


Bukanlah daku mahu memandai-mandai..tetapi inilah hakikatnya bukan..apatah lagi kini hampir-hampir campur tangan kafir laknatullah mahu turut serta menggaul politik disana..mahu menjadi seperti bumi bertuah Iraq agaknya??subhanallah..


Daku mendoakan agar rakan-rakanku yang masih di sana agar baik-baik belaka..selamatlah hendaknya anda di bumi Mesir sana..insyaALLAH..


Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...